G

huruf ketujuh abjad Rumi From Wikipedia, the free encyclopedia

G
Remove ads

G ialah huruf Rumi yang ke-7. Namanya ialah gee (IPA: [dʒiː]). Dalam bahasa Melayu, huruf G mewakili konsonan letupan velar bersuara /ɡ/ sepadan huruf Jawi ݢ; huruf G juga digunakan dalam dwilambang "ng" untuk sengauan velar sepadan huruf Jawi ڠ. Dalam bahasa Inggeris pula, huruf G digunakan untuk konsonan plosif velum bersuara dan juga afrikat postalveolar bersuara /dʒ/ sebelum sesetengah bunyi vokal hadapan.

Fakta Segera Abjad Rumi dasar ...
Remove ads

Sejarah

Huruf G diperkenalkan pada zaman Latin lama sebagai satu bentuk kelainan bagi huruf C untuk membezakan konsonan velum bersuara /ɡ/ daripada yang tidak bersuara /k/.

Orang pertama yang diketahui menulis huruf G ialah Spurius Carvilius Ruga, orang Rom pertama yang membuka sekolah beryuran, dan mengajar sekitar 230 SM. Ketika itu, huruf K makin kurang dipakai, manakala huruf C yang mula-mulanya mewakili kedua-dua bunyi /ɡ/ dan /k/ sebelum bunyi vokal terbuka, kemudian hanya mewakili bunyi /k/ dalam apa-apa kedudukan.

Penempatan G oleh Ruga menunjukkan bahawa susunan abjad yang berkaitan dengan nilai-nilai huruf sebagai angka Greek, pun dijadikan isu pada abad ke-3 SM. Sampson (1985) berpendapat bahawa: "Nyata sekali susunan abjad dirasakan sebagai perihal yang begitu konkrit sehingga sesuatu huruf baru bolehditambah di tengah hanya jika terdapat ‘ruangan’ kesan pengguguran huruf lama."[1] Menurut sesetengah catatan, huruf ketujuh yang asal, Z, digugurkan daripada huruf Latin pada awal abad ke-3 SM oleh penapis Rom Appius Claudiusyang mendapati huruf itu asing dan dibenci sekali.[2]

Tidak lama kemudian, kedua-dua konsonan velum /k/ dan /ɡ/ mengalami prosesplatalisasi dan alofon sebelum vokal hadapan; oleh itu, huruf C dan G mempunyai nilai bunyi berbeza dalam pelbagai bahasa Romance, serta juga bahasa Inggeris (akibat pengaruh bahasa Perancis).

Huruf g kecil mempunyai dua bentuk asas yang berlainan: "g berekor terbuka" dan "g berekor gelung" .

Remove ads

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif G
fonetik NATO Kod Morse
Golf ––·
Thumb Thumb Thumb
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Maklumat lanjut Titik kod, Huruf besar ...

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads