Formaldehid

From Wikipedia, the free encyclopedia

Formaldehid
Remove ads

Formaldehid (atau formalin) ialah sejenis sebatian organik semula jadi dengan formula CH2O (H-CHO). Ia merupakan aldehid (R-CHO) paling mudah, yang juga dikenali dengan nama sistematiknya metanal. Nama biasa bahan ini datangnya dari persamaan ciri dan perkaitannya dengan asid formik.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...

Formaldehid bahan pelopor penting kepada banyak bahan dan sebatian kimia yang lain. Pada tahun 1996, kapasiti pengeluaran formaldehid telah dianggarkan sebanyak 8.7 juta tan setiap tahun.[10] Ia digunakan dalam pengeluaran resin tahap industri, contohnya dalam pembuatan papan partikal dan cat lapisan.

Sebatian ini boleh mendatangkan bahaya yang ketara kepada manusia apabila dipertimbangkan penggunaannya yang meluas, serta sifatnya yang toksik dan mudah meruap.[11] Pada tahun 2011, Rancangan Toksikologi Negara Amerika Syarikat menggambarkan formaldehid sebagai "bahan karsinogen manusia yang diketahui".[12][13][14]

Remove ads

Penemuan dan pengeluaran

Sejarah

Formaldehid pertama kalinya dilaporkan pada tahun 1859 oleh ahli kimia Rusia bernama Aleksandr Butlerov (1828-86).[15] Penemuan Butlerov ini kemudiannya disahkan oleh August Wilhelm von Hofmann dari Jerman pada 1869.[16][17]

Industri

Formaldehid dihasilkan pada tahap industri melalui pengoksidaan berpemangkin metanol. Pemangkin yang paling biasa digunakan dalam proses ini ialah argentum ataupun campuran ferum dan sebatian oksida molibdenum atau vanadium. Dalam proses formoks, di mana metanol dan oksigen bertindak balas pada suhu sekitar 250-400 °C dalam kehadiran oksida besi dalam kombinasi dengan molibdenum dan/atau vanadium untuk menghasilkan formaldehid menurut persamaan kimia:

2 CH3OH + O2 → 2 CH2O + 2 H2O

Pemangkin argentum biasanya berkesan pada suhu yang tinggi iaitu kira-kira 650 °C. Dua tindak balas kimia pada masa yang sama menghasilkan formaldehid: persamaan yang ditunjukkan di atas dan tindak balas pendehidrogenan:

CH3OH → CH2O + H2

Pada dasarnya, formaldehid boleh dihasilkan oleh pengoksidaan metana, namun ia tidak menguntungkan kerana metanol lebih mudah dioksidakan berbanding metana.

Remove ads

Kegunaan

Larutan akueus formaldehid berguna kerana kebolehannya membunuh kebanyakan bakteria dan fungi (sehingga ke spora-sporanya). Larutan sebegini dipakai secara dalam ubatan untuk mengeringkan kulit, misalnya dalam merawat ketuat.

Apabila formaldehid dirawat dengan fenol, urea atau melamin, ia menghasilkan resin-resin terbitannya yang tersendiri. Polimer ini merupakan bahan pelekat tetap yang biasa digunakan dalam pemasangan papan lapis dan permaidani.

Bahan-bahan berasaskan formaldehid penting dalam industri automobil melalui pembuatan komponen untuk sistem gear, sistem elektrik, blok silinder, panel pintu, gandar-gandar dan kasut brek.

Kilang-kilang tekstil menggunakan resin berasaskan formaldehid sebagai bahan pengemas (finisher) untuk menjadikan fabrik yang terhasil tidak mudah mengedut.[18]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads