Fosa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Fosa
Remove ads

Fosa (nama saintifik: Cryptoprocta ferox) ialah mamalia karnivor yang endemik dalam pulau Madagaskar. Spesies digolongkan dalam keluarga karnivora Eupleridae yang berkait rapat dengan cerpelai. Spesies ini tersebar luas di hutan serata pulau tersebut walaupun kepadatan populasi biasanya rendah.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Fossa disenaraikan sebagai spesies terjejas dalam Senarai Merah IUCN terutamanya akibat kemusnahan habitat.

Remove ads

Penamaan

Nama haiwan ini menyerap dari bahasa Malagasi[2] didatangkan dari kata pusa dalam bahasa-bahasa Borneo bermaksud "pulasan tanah"; penungkapan ini juga beralih makna dalam bahasa-bahasa Iban dan Melayu Sarawak (Jawi: ڤوسا‎, juga dieja pusak ڤوسق‎‎) bermaksud "kucing".[3]

Ciri fizikal

Bentuk badan fosa ada sedikit menyerupai kucing liar[4] tetapi kadar bentuk badannya lebih lampai dengan kaki yang besar berotot[5] dan ekor sama panjang dengan badan.[4] Kepala fosa lebih panjang menyerupai cerpelai daripada kepala seekor kucing dengan muncung lebar kontot[4][5] serta bertelinga bulat yang besar.[4][6]

Pasang biji matanya sederhana besar berwarna keperangan dengan anak mata tirus, biji-bji mata ini mampu memantulkan cahaya kelihatan berwarna jingga.[5]

Remove ads

Tabiat

Pemakanan

Lebih 50% daripada dietnya terdiri daripada warik; tanderak (9%), tikus, cicak (9%), burung (2%) dan haiwan lain juga didokumenkan sebagai mangsa buruan fosa.

Pembiakan

Fosa bersarang di tempat terlindung terutamanya dalam bawah tanah seperti lubang atau bekas busut, gua mahupun bukaan pokok mereput.[4] Betina pasangan dapat melahirkan sebanyak 1 hingga 6 ekor anak,[7] tetapi 2-4 ekor merupakan bilangan paling lazim.[6]

Anak-anak fosa baru lahir buta dan tidak bergigi ditimbang tidak melebihi 100 gram[6][4] serta berbulu halus perang abu-abu atau pucat.[8][4] Mata anak fosa terbuka selepas dua minggu[6][8] sambil bulu menggelap warna kekelabuan.[4]

Hubungan dengan manusia

Orang Malagasi menganggap fosa sebagai suatu haiwan yang tamak dan rakus tidak sahaja licik mencuri ternakan malah menculik anak kecil yang berlegar keseorangan pada waktu malam, oleh itu mereka mempunyai pantang larang tersendiri mengelakkan terkena bala (fady) akibat haiwan ini[9] termasuk mengharamkan pemakanan dagingnya yang ditakuti akan mewarisi sifat buruk fosa.[10]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads