Orang Malagasi

Kaum etnik kacukan orang Ma'anyan daripada Kalimantan Tengah dan Selatan dengan orang Bantu daripada timur Afrika From Wikipedia, the free encyclopedia

Orang Malagasi
Remove ads

Orang Malagasi (Malagasi: Vahoaka malagasy, Perancis: Malgache) merupakan kumpulan etnik yang membentuk majoriti populasi Madagaskar. Kaum ini merupakan hasil kacukan orang-orang Bantu yang berasal dari pesisiran timur benua Afrika dengan orang Austronesia yang berhijrah melalui pelayaran jauh dari Borneo dan kepulauan sekitarnya di Asia Tenggara.[1]

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...

Mereka terbahagi kepada dua subkumpulan: penghuni tanah tinggi Merina, Sihanaka dan Betsileo di sekitar Antananarivo, Alaotra (Ambatondrazaka) dan Fianarantsoa, dan penghuni persisiran pantai (côtiers). Pembahagian ini berakar dari sejarah pendudukan: kaum asli Austronesia yang sampai di antara kurun ketiga dan ke-10 yang membuat komuniti di tanah tinggi untuk menanam padi. Kemudian, penduduk dari Afrika Timur datang dan mendirikan kerajaan di sepanjang persisiran pantai yang tidak dihuni.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads