Geran (filem)

Filem drama aksi silat Malaysia 2019 arahan Areel Abu Bakar From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Geran (atau dikenali sebagai The Deed of Death) merupakan filem aksi silat Malaysia 2019. Filem ini mempamerkan pencak silat, dan mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...

Ia ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei. Filem ini mendapat kepujian atas aksi-aksi silatnya.[1][2]

Remove ads

Sinopsis

Di Kedah, Ali dan Fatimah dari satu keluarga petani dan pesilat Gayong berasa amat marah dan kesal apabila adik bongsu mereka, Mat Arip, yang terlibat dalam lumba kereta haram dan berjudi, kini lari dengan geran tanah pusaka rumah mereka. Mat Arip telah mencagarkan geran tanah ayah mereka kepada sindiket ceti Haji Daud. Haji Daud pula ialah musuh Pak Nayan dalam silat dan mengugut keluarga mereka. Untuk menjaga nama dan tanah rumah daripada tergadai, mereka kini perlu menentang untuk menyelamatkan adik mereka yang ditangkap oleh sindiket itu dan menuntut semula geran tanah keluarga mereka.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Penerbitan

FIlem ini mempamerkan silat seni gayong dari Pertubuhan Gayong Pusaka. Filem ini tidak menggunakan pelagak ngeri (stuntman), pelakonnya melakukan aksi sendiri kerana mereka berpengalaman dalam silat atau para pesilat sebenar.[3][4][5] Dialog filem ini menggunakan Bahasa Melayu loghat Kedah, dengan sarikata bahasa baku Malaysia disediakan.

Kesinambungan

Tajuk untuk prekuel Geran didedahkan sebagai Abang manakala tajuk untuk sekuel Geran didedahkan sebagai Geran 2 (atau dikenali sebagai The Deed of Death 2.[6]

Sumber rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads