Fad Anuar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fad Anuar (Jawi: فات انور; lahir 11 September 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau ialah anak saudara kepada pelakon veteran, Eman Manan.[3] Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam ilmu persilatan.[4]
Remove ads
Kerjaya
Mewarisi bidang lakonan daripada bapa saudaranya, Eman Manan, Fad Anuar memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan kerjayanya di Pelabuhan Kuantan. Fad juga mendalami ilmu persilatan dan pernah menjadi jurulatih silat untuk filem Balun arahan Bob Singah.[3][4] Fad ditawarkan membintangi filem pertamanya, Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia dengan memegang watak sebagai Kuncu Ayahanda. Beliau juga muncul sebagai pelakon undangan drama Gerak Khas sebanyak 3 episod. Pada tahun 2017, Fad membuat penampilan khas dalam filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 2 yang dibintangi oleh Zizan Razak. Beliau kemudian muncul pula dalam filem Geran yang mengetengahkan tema ilmu persilatan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Mat Arip. Selain filem, Fad juga telah membintangi beberapa drama TV termasuk Hati Yang Tersakiti dan Sang Pewaris.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Fad dilahirkan dan dibesarkan di Kemaman, Terengganu. Beliau ialah anak saudara pelakon veteran, Eman Manan.[3][5]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Iklan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads