Grace Lee Li Mei

From Wikipedia, the free encyclopedia

Grace Lee Li Mei
Remove ads

YB Puan Grace Lee Li Mei 李莉咪 (lahir 1970) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Di Lantik Sabah. Di peringkat parti beliau ialah Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu[1].

Fakta Segera YB PuanADK (Sabah), Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Lantikan ...
Remove ads

Kehidupan Awal

Beliau pendapatkan pendidikan awal di SK Bengkongan dan menyambung persekolahan di peringkat menangah di SMK Kota Marudu dan mendapatkan gelaran Certificate in Accounting (LCCI) London Chamber of Commercial and Industry seterusnya beliau juga pemegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pertadbiran Perniagaan (Pengurusan Hospilaliti) di Paris Graduate School of Management dan Sarjana Pengurusuan Perniagaan (M.BA) di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM).

Remove ads

Kerjaya

Sebelum berkecimpung dalam dunia politik, beliau berkhidmat dalam industri perhotelan dan pelancong. Selain daripada itu beliau juga pernah berkerja sebagai perunding kewangan di Prudential Malaysia.

Pada tahun 2010 beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat sebagai ahli biasa. Sebelum menduduki jawatan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu beliau adalah AJK Cabang, AJK Wanita Cabang, Timbalan Ketua Wanita Cabang dan Bendahari Wanita Negeri Sabah serta di lantik sebagai Bendahari Cabang PKR Kota Kinabalu 2022 sehingga 2024. Pada 20 April 2025 beliau berjaya mengalahkan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu ketika itu sehingga digelar sebagai "giant killer". [2]

Pada 2018 beliau pernah berkhidmat sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) bagi DUN Api-Api sehingga 2020. Ketika beliau memegang jawatan PPM beliau banyak membantu ADUN kawasan menjalan tugas-tugasan lapangan dari segi pembangunan infra, kebersihan bandar dan program-program komuniti setempat. Pada tahun 2020 semasa pandemik Covid-19 beliau turut menyertai Kerajaan Negeri Sabah untuk menolong masyarakat setempat daripada segi agihan bakul makanan sebanyak 8,000 bakul diagihkan diseluruh kawasan Kota Kinabalu meliputi; susu formula, pelitup muka, hand sanitizer dan lain-lain. Pada tahun 2023 beliau dilantik sekali lagi sebagai PPM bagi DUN Api-Api tetapi hanya bertahan sehingga Februari 2025. Pada 2019-2021 beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.

Pada 2 Disember 2025,beliau dikurniakan watikah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai ADUN Di lantik dan menyokong penuh Kerajaan Negeri Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dan juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.[3]

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pertama, beliau membangkitkan peningkatan peruntukan dalam Belanjawan Sabah 2026 bagi pembangunan keagamaan dan sekolah bukan Islam kepada RM90 juta, berbanding RM70 juta sebelum ini. [4] Menurut beliau, peningkatan tersebut merupakan satu kenaikan yang signifikan serta mencerminkan pengiktirafan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya, khususnya kepada komuniti bukan Islam, termasuk masyarakat Cina yang terlibat secara aktif dalam pengurusan sekolah dan rumah ibadat di Sabah. [5]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads