Guan Dee Koh Hoi
ahli politik Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Guan Dee bin Koh Hoi (4 Oktober 1954 – 26 Oktober 2021) merupakan ahli politik Parti Solidariti Tanah Airku dari parti komponen Perikatan Nasional. Sebelum ini, beliau pernah bertanding mewakili Parti Reformasi Negeri pada 2013 lalu.[1] Guan Dee juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Jeffrey Kitingan pada 10 Mac 2020 lalu.[2]
Remove ads
Jawatan
Guan Dee merupakan Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bagi mewakili Parti Solidariti Tanah Airku. Selain daripada itu, beliau juga merupakan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku.[3]
Tragedi
Pegawai Tugas Tugas Khas beliau, Datuk Haji Jaimin Haji Samitah telah meninggal dunia selepas menghadiri sebuah mesyuarat di Parlimen Malaysia akibat COVID-19 yang merupakan kematian pertama dari kluster Parlimen Malaysia.[4]
Keputusan pilihan raya
Anugerah
Sabah :
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2020)[5]
Kematian
Beliau telah meninggal dunia pada 26 Oktober 2021 di Hospital Kuala Lumpur.[6]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
