Parti Solidariti Tanah Airku

parti politik di Sabah From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Solidariti Tanah Airku
Remove ads

Parti Solidariti Tanah Airku (dengan singkatannya: STARSABAH) ialah sebuah parti tempatan berpangkalan di Sabah Borneo yang diasaskan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, iaitu adik kepada bekas presiden dan pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Parti ini telah ditubuhkan dan diluluskan pada tahun 2016 melalui Akta Pertubuhan 1966.[1] Sehingga akhir Oktober 2025, parti ini telah mengumpul ahli seramai 236,800 orang dan cawangan telah dibuka di seluruh pelusuk daerah-daerah Sabah secara rasminya. Parti tersebut juga giat menyelidik dan melindungi hak rakyat Sabah melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNESCO dan juga melalui semua dokumen-dokumen bukti yang sahih.[2]

Fakta Segera Singkatan, Diasaskan ...
Remove ads

Prinsip Utama STAR

Parti ini berpegang teguh terhadap prinsip dan amalan di dalam perjanjian Akta Malaysia 1963 untuk ditambahbaik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.[3] Parti ini juga ingin menekankan untuk menjaga keharmonian di Sabah & Sarawak, Malah ingin menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan pada 20-point memorandum untuk melaksankan reformasi pada sistem pemerintahan yang lebih adil untuk rakyat khususnya rakyat di negeri Sabah. Selain itu, Parti ini juga mengutamakan perjuangan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah besar yang mempunyai sistem pemerintahan tersendiri.[4] Parti tersebut juga giat menyelidik dan melindungi hak rakyat Sabah melalui United Nation, UNESCO dan juga melalui semua dokumen-dokumen bukti yang sahih.[5]

Remove ads

Kepimpinan (AGM)

Berikut merupakan Ahli Majlis Kepimpinan Parti sesi 2024/2027.[6]

Maklumat lanjut Jawatankuasa, Nama ...
Remove ads

Sejarah Penubuhan Parti

Parti Reformasi Negeri (Sarawak)


Sebelum Parti Reformasi Negeri membuka cawangannya di Sabah, Parti ini telah ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh mendiang Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[7] Parti ini membuka cawangan di Sabah pada tahun 2011 selepas persetujuan dan kata sepakat dari presiden parti, Mendiang Dr. Patau Rubis. Parti Reformasi Negeri Cawangan Sabah diketuai oleh Datuk Jeffrey G. Kitingan. Presiden STAR yang kedua ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[8][9]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu.

Perpecahan STARSABAH

Pada hari Jumaat, 06 Januari 2012, tepat jam 4 petang di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Bandar Baru Nosoob, Penampang, Sabah, State Reform Party (STAR) Sabah telah dilancarkan secara rasminya dan dipengerusikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Awalnya Parti ini berkembang ke sabah kerana penyertaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) atas parti ini untuk memperjuangkan AGENDA BORNEO.

Dengan slogan-nya "Unity is Duty" yang dilaung-laungkan beliau (DDJK) di Sabah adalah untuk menyatupadukan Sabahan dan Sarawakian dalam usaha menuntut dikembalikan HAK - HAK Keistimewaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sesuai dengan namanya, Parti Reformasi Negeri atau STAR pada masa itu, berhasrat untuk melakukan reformasi bukan sahaja kerajaan tetapi terlebih penting melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat.

Namun sayangnya, Perkongsian Idealogi, Persefahaman DDJK dan Pemimpin STAR SARAWAK, Lina Soo, tidak bertahan lama sebelum dan selepas PRU-13 diadakan.

Di Sarawak, mereka (STAR SARAWAK) sangat terkesan kerana parti mereka digunakan oleh DDJK di Sabah sebagai Penyebaran Ideologi MA63 yang bergiat aktif dan menyebabkan orang-orang di Sabah memikir bahawa Parti STAR ditaja dan dipengerusikan oleh DDJK.

Natijahnya, Parti STAR SARAWAK kemudian secara perlahan memutuskan rantaian Parti STAR SARAWAK dan Parti STAR SABAH.

Penjenamaan STAR Sabah


Pada tahun 2016, Parti STAR ditubuhkan secara Resmi di Cawangan/Negeri Sabah. STAR Sabah kini ditaja sepenuhnya oleh DDJK dan STAR Sarawak ditaja oleh Lina Soo.

Kemudian, Sebelum PRU-14, STAR SABAH sedang begiat berkembang di seluruh Pelusuk NEGERI Sabah. Orang menganggap bahawa Parti STAR telah dipengerusikan sepenuhnya oleh DDJK. Namun Hakikatnya, DDJK hanyalah Ketua Cawangan Sabah Ketika itu.

APABILA PRU-14 tamat, STAR SARAWAK kini memutuskan hubungannya dengan STAR SABAH yang ditaja Oleh DDJK dan menamakan Parti mereka Sebagai (ASPIRASI) dan STAR Sabah kini kekal STAR Sabah dan secara tak langsung DDJK adalah Presiden PARTI STAR.

Kerjasama antara Parti Politik

Sebelum dan Semasa PRU 13, STAR SABAH bekerja-sama dengan Parti STAR SARAWAK, Parti Pogressive Sabah (SAPP) dan beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat (PR) akan tetapi Parti STAR SABAH Bertanding kesemua 22 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri Sabah.

Selepas PRU 13, STAR SABAH bekerjasama dengan beberapa pemimpin BEBAS yang menang di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Sabah, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Progressive Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Anak Negeri Sabah (Anak Negeri), Parti STAR Sarawak, beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dari Sabah dan Sarawak.

Sebelum dan semasa PRU 14, STAR SABAH bersama-sama menubuhkan 'GABUNGAN SABAH' (United Sabah/GS) bersama-sama Parti Progresive Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) namun PCS keluar dari GABUNGAN SABAH kerana pencakaran pemimpin STAR dan PCS.

Selepas PRU 14, STAR SABAH dilihat sebagai salah satu parti yang berjaya di GABUNGAN SABAH yang memperolehi 1 Parlimen dan 2 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 10 Mei 2018, Sabah belum membentuk Kerajaan Majoriti akibat daripada 'TIE' Gabungan Parti dari BN 29 kerusi dan PH+Warisan 29.

Akibat dari itu, STAR SABAH ketika itu menjadi 'KING-MAKER' dalam pembetukan Kerajaan Majoriti. DDJK yang sebagai Presiden STAR Sabah sempat berjumpa dengan kedua-dua ketua gabungan ini antaranya Tan Sri Musa Aman (BN) dan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal (Warisan) untuk membincangkan 2 Kerusi yang dimenangi STAR untuk bergabung antara salah satu Gabungan ini.

Hasilnya, BN Sabah yang diketuai Tan Sri Musa Aman dipilih oleh STAR untuk menkongsikan 2 Kerusi STAR membentuk Kerajaan Majoriti. Hal ini disebabkan oleh Persetujuan yang diberikan oleh Datuk Jeffrey Kitingan kepada Kedua-dua Pihak dimana Parti Warisan Sabah tidak dapat perbincangan yang terbaik dari segi isu-isu seperti Kedudukan Parti STAR dan Parti tempatan Sabah, isu kewarganegaraan, isu minyak dalam MA63 dan pembuatan IC Sabah tersendiri. Kesemua janji yang diberikan Datuk Jeffrey Kitingan terhadap Parti Warisan telah ditolak sepenuhnya oleh ketua parti tersebut (Shafie Apdal). Hal berkenaan yang membuatkan Parti STAR untuk menolak membentuk kerajaan bersama Parti Warisan.

Namun, Pada 12 Mei 2018, kerajaan BN hilang majoriti akibat daripada tindakan 6 Pemimpin daripada Parti Pasokmomogun Kadazan-dusun Bersatu (UPKO) dan beberapa pemimpin UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang keluar dari gabungan BN Sabah menyertai dan berpakat Parti Warisan Sabah + Pakatan Harapan Sabah.

Hasilnya, UMNO sabah dikatakan sangat lemah ketika itu sampaikan semua pemimpinnya keluar dari parti UMNO sabah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hanya tinggal satu kerusi BN lagi. Rakannya seperti PBS, PBRS dan LDP juga keluar dari BN setelah kekalahan Teruk BN.

Tidak lama kemudian, muncullah sebuah gabungan yang baharu yang menentang Kerajaan Warisan ketika itu yang bernama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) diangotai oleh parti STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), 1 kerusi UMNO sabah, beberapa ahli Bebas yang diketuai Hajiji Noor serta berhubungan baik dengan SAPP.

Sebelum dan Selepas PRN Sabah-16, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri malaysia ke 8 menamakan sebuah gabungan yang bernama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh (BN) (PN) dan (PBS) atau secara ahli Partinya, UMNO Sabah, MIC Sabah, MCA Sabah, PPBM Sabah, STAR, SAPP ,PAS Sabah dan PBS. Gabungan ini menang dan mendapat Majoriti untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Remove ads

Tujuan Penubuhan

Tujuan Penubuhan Parti STAR adalah:

  • Memperjuangkan dan melindungi tanah-tanah yang ada di Sabah.
  • Memperkukuhkan perpaduan agama dan bangsa di Sabah.
  • Memadam dan mengelakkan politik perkauman yang ekstrimis sehingga mencalarkan nama baik orang Sabah.
  • Memperjuangkan orang asal Sabah.
  • Sebagai parti alternatif untuk orang yang inginkan parti pro-Sabahan yang lebih lantang dalam penyuaraan hak-hak Sabahan.
Remove ads

Matlamat Perjuangan

Visi & Misi

Visi ; SABAH MERDEKA, SELAMAT & MAKMUR

Misi ; MEMULIHKAN HAK & MEMAJUKAN SABAH

Agenda dan Matlamat

  • Membentuk kerajaan Sabah yang stabil.
  • Memulihkan Hak - Hak Sabah.
  • Menuntut Autonomi Rakyat Sabah.
  • Memulihkan Keyakinan Rakyat Sabah.
  • Melaksanakan Reformasi dan Keadilan.
  • Menyelesaikan Isu - isu Sabah.
  • Memajukan Sabah.

Kedudukan Kompas Politik

Parti StarSabah berkedudukan di Tengah-Kanan dan ke Atas-Kanan membawa identiti parti Regionalisme atau Lokalisme yang mendekati idealogi besar seperti Libertarian dan Politik Hijau. Parti ini lebih berarah ke arah lokalisme kerana membawa perjuangan untuk 'Ke-pendudukan Orang Asal Borneo' dan tidak menumpukan kepada 'Ketuanan Melayu' berdasarkan perlambagaan parti.

Remove ads

Bendera & Lambang

berikut merupakan Sejarah Bendera dan lambang terkini.

Pendaftaran

Bendera

Bendera parti yang lama (2012 - 2017)

Thumb
Bendera rasmi parti STAR cawangan Sabah yang dicipta khas untuk Sabah pada tahun 2011 - latar bendera parti STAR cawangan Sabah berwarna biru (Cyan), manakala latar bendera parti STAR Cawangan Sarawak berwarna ungu.







Bendera parti yang baharu (2017 - sekarang)


Makna (Bendera)

  • Bintang 7 Bucu melambangkan 7 Residensi Sabah (Sabah berstatus sama taraf dengan seluruh kawasan Malaya dan 1 Residensi Sabah sama taraf dengan 1 Negeri Persekutuan Tanah Melayu).
  • Gengaman Tangan melambangkan Kerjasama, Perpaduan masyarakat Sabah.
  • Bulatan Putih melambangkan Parti Tempatan Sabah (Parti Asal).
  • Warna Cyan (Biru Muda) (Latar Bendera) menyahut Slogan Sabah (Sabah Tanah Airku).
  • Warna Putih lambang Harta Warisan Sabah.
  • Warna Merah lambang perjuangan Rakyat Sabah.
  • Warna Kuning lambang kesucian semua Umat Beragama di Sabah.
  • Warna Pink (Merah Jambu) lambang Adat dan Budaya yang ada di Sabah.



Logo Parti yang lama (2012 - 2017)


- simbol Parti menghadapi Pilihan Raya ke-13

- simbol ini juga di gunakan Parti Reformasi Rakyat pada PRU-13

Logo parti yang Baharu (2017-sekarang)


- simbol rasmi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan pada tahun 2017

- simbol ini pertama kali digunakan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan berjaya mencatat kemenangan dua kerusi ADUN dan satu kerusi parlimen parti tersebut.

Makna (Logo)

  • Bintang 7 Bucu melambangkan 7 Residensi Sabah (Sabah berstatus sama taraf dengan seluruh kawasan Malaya dan 1 Residensi Sabah sama taraf dengan 1 Negeri Persekutuan Tanah Melayu).
  • Gengaman Tangan melambangkan Kerjasama, Perpaduan masyarakat Sabah.
  • Bulatan Putih melambangkan Parti Tempatan Sabah (Parti Asal).
  • Warna Cyan (Biru Muda) menyahut Slogan Sabah (Sabah Tanah Airku).
  • Warna Putih lambang Harta Warisan Sabah.
  • Warna Merah lambang perjuangan Rakyat Sabah.
  • Warna Kuning lambang kesucian semua Umat Beragama di Sabah.
  • Warna Pink (Merah Jambu) lambang Adat dan Budaya yang ada di Sabah.
Remove ads

Lagu Rasmi & Lagu Perjuangan


Bintang Borneo (Lagu Rasmi Parti)

Gunung lautan, Kehijauan hutan,
Kebanggan kita berkurun lamanya.
Tanah Borneo, pusaka berzaman,
Saya disini menjadi Pewarisnya.

Warisan ini, kan lenyap selamanya,
Masa depan kita tidaa jaminan.
Bangkitlah wahai, pejuang bangsa,
Hak dan warisan mesti dipertahankan.

Parti STAR bintang untuk Borneo,
Suara dan perinduangan selamanya.

Bintang Borneo, Terus gemilang,
Dengan Kuasa dari yang Esa.
Dalam STAR kita terus berjuang,
Dalam STAR kita pasti berjaya.
Parti STAR bintang untuk Borneo,
Payung perpaduan kita bersama.
Parti STAR bintang untuk Borneo,
Suara dan perinduangan selamanya.
Bintang Borneo, Terus gemilang,
Dengan Kuasa dari yang Esa.
Dalam STAR kita terus berjuang,
Dalam STAR kita pasti berjaya.
Penulis Lirik (Asal) : Maklin Masiau
Penulis Lagu (Melodi) : Justin Lusah
Penggubah lagu : Guandee Kohoi/Justin Lusah
Penyanyi Lagu : Justin Lusah/Juniol Masingkin

Lagu Perjuangan

1) Ini Kali Kita Mesti Menang (Kustin Ladi)

2) Sumpah Anak Borneo (Kustin Ladi)

3) Mengemis di Bumi Sendiri (Evaristus Gungkit)

4) Dalam STARSABAH Kita Bersatu (Evaristus Gungkit)

5) Sabahan Bersatu (Juniol Masingkin)

6) Bersatu Solidariti (Juniol Masingkin)

7) Luguan Lundu Miringdod (Justin Lusah)

8) Nunuk Ragang Bersatu (Justin Lusah)

9) Satu Hati untuk Sabah (Clayrice Tommy Jr)

Remove ads

Perwakilan

Senator

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. STAR Hanya mempunyai Seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Agong.[10]

Maklumat lanjut Lantikan, Tempoh ...

Dewan Rakyat

Maklumat lanjut Negeri, No. ...

Dewan Undangan Negeri

Maklumat lanjut Negeri, Bil. ...
Remove ads

Pilihan Raya

Pilihan Raya ke-12

Pilihan Raya ke-13

Parlimen (Calon)

Maklumat lanjut #, Konstitusi ...

Seramai 21 Calon bertanding atas TIKET star (Sabah) di parlimen namun semuanya kalah.


DUN (Calon)

Maklumat lanjut No., Kawasan Undangan Negeri ...

Seramai 49 Calon yang bertanding atas TIKET Star (Sabah) di DUN Sabah. Satu daripadanya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menang di DUN 33 Bingkor.

Pilihan Raya ke-14

Parlimen (Calon)

Maklumat lanjut #, Perlembagaan ...

Seramai 5 orang calon StarSabah bertanding di Parlimen, Satu daripadanya (Jeffrey Kitingan) menang di P180 KENINGAU.

DUN (Calon)

Maklumat lanjut #, Perlembagaan ...

Seramai 18 calon Parti StarSabah bertanding di Parlimen, Jeffrey Kitingan dan Robert Nordin menang di DUN34 (TAMBUNAN) & DUN33 (BINGKOR).

Pilihan Raya Negeri Sabah-16

Maklumat lanjut DUN, Calon bertanding ...

Seramai 8 calon bertanding pada PRN-16 Sabah tahun 2020 atas Tiket Perikatan Nasional (PN-STAR). Hanya 2 calon Kalah pada PRU-16 ini.

Remove ads

Pertubuhan dengan NGO

Aktiviti Parti

Lihat juga

Nota

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads