Jeffrey Kitingan

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Jeffrey Kitingan
Remove ads

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari @ Geoffrey Kitingan (lahir pada 22 Oktober 1947) [1] juga dikenali sebagai "DDJK" (dikenali ramai sebagai DSPDJK sejak 2021 atau Tuan Jeffrey Kitingan) merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia juga ahli Parlimen bagi Keningau dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I (dari 2020-2023, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II). Beliau merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah. Pada tahun 2020, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum meletak jawatan selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah. Beliau juga ialah bekas Pengarah Yayasan Sabah pada 1987 hingga 1994.

Fakta Segera Didahului oleh, Majoriti ...
Remove ads

Latar belakang

Dilahirkan pada 22 Oktober 1948 di daerah Kota Marudu, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia); Jeffrey merupakan anak kepada pasangan Datuk Francis Xavier Kitingan Sabanau (1895–1996), seorang pegawai polis bersara dan isteri keduanya, Datin Lucia Laimah Imbayan (24 Februari 1913–11 Mac 2011), kedua-duanya berasal dari daerah Tambunan di sebelah pedalaman negeri Sabah.[2] Beliau juga merupakan anak kesepuluh dari 20 orang adik-beradik.[3]

Ayahnya, Datuk Francis Xavier Kitingan Sobunau dilahirkan di Kampung Karanaan, Tambunan, Borneo Utara pada 1895, anak ketiga kepada Konsuoi dan Sobunau.[4] Manakala ibunya, Datin Lucia Laimah Imbayan dilahirkan pada 24 Febuari 1913 di Keningau tetapi berasal dari Kampung Nambayan, Tambunan.[5] Kedua-dua mendiang ibu bapa beliau ialah berbangsa Dusun serta anak jati daerah Tambunan dari kampung yang berlainan.

Antara saudara-saudara kandung beliau ialah empat orang abang sebapanya mengikut urutan umur iaitu Tan Sri Joseph Pairin (lahir 17 Ogos 1940), Petrus Paimil (22 April 1942–24 Mei 2013), OKK Philip Pilim (lahir 29 Mei 1944) serta David Lini (lahir 24 Mei 1946), dan selepas kelahiran beliau pada tahun 1948, urutan itu diikuti oleh adik-adiknya yang lain iaitu Justin Joparin (lahir 1950), Dionysia Duin (lahir 1952), Jovinia (Januari 1954–1968), Laurentius Lejius (lahir Disember 1954), Wina (lahir 1956), Crispin (lahir 1958), Datuk Joanna (lahir 1960) yang juga seorang ahli jawatankuasa kanan pertandingan Unduk Ngadau, Juliana (lahir 1962), Francis Sales, Jr. (lahir 1964) dan Victor Nelson (lahir 1966), tetapi beliau juga mempunyai adik beradik sebapa yang lain (melalui perkahwinan pertama bapanya dengan mendiang Datin Sodiom Rampan) seperti Charles Abbie (1925–2015), Suzana Ahag (1927–2019); yang juga kakak angkat tunggal beliau, Lotuin (lahir 1930) dan Hilda Sainam (1935–2017) serta seorang kakak atau abang sebapa yang lahir mati pada tahun 1937, iaitu anak terakhir kepada mendiang Datin Sodiom, isteri pertama mendiang Datuk Kitingan. Keluarga Kitingan juga mempunyai pertalian dengan dua keluarga besar dan ternama di Tambunan iaitu keluarga Ongkili (tetapi keluarga Ongkili juga mempunyai darah pertalian dengan keluarga Kinsik, salah satu sebuah keluarga besar dan ternama daerah itu melalui sebelah bapa, iaitu melalui keluarga Indoh dan keluarga Sundiman, manakala pertalian mereka dengan keluarga Kitingan ialah melalui ibu kepada mendiang Datuk James Ongkili serta Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili iaitu mendiang Battindoi Kondilab Komboon, yang juga merupakan sepupu pangkat pertama kepada adik-beradik Kitingan) dan juga keluarga Imbayan (melalui keluarga Imbayan juga mereka mempunyai pertalian darah dengan keluarga Gohol, Kinsik dan Otigil, iaitu beberapa buah keluarga besar dan ternama di daerah Tambunan).[6]

Beliau juga merupakan seorang saudara yang mesra dan baik serta sangat rapat terhadap adik-beradiknya (tidak kira yang seibu sebapa mahupun yang sebapa lain ibu). Dari cara bersosial dan pergaulan beliau adalah amat mudah bagi menjalinkan hubungan dan senang untuk berurusan dengannya. Beliau mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap orang ramai, disayangi oleh ramai penyokongnya kerana kemurahan hatinya dan nasihat serta input yang tidak ternilai dalam banyak urusan mereka. Dr Jeffrey telah berkahwin dengan Datin Susan dan mempunyai 5 orang anak (tetapi kini berpisah dan berkahwin semula dengan Datin Cecilia Edwin, seorang anak jati daerah Tambunan yang berasal dari Kampung Monsok) dan mempunyai 2 orang anak daripada perkahwinannya yang terkini.[7]

Remove ads

Pendidikan

Jeffrey Kitingan menerima ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Curtin pada tahun 1974. Lapan tahun kemudian, beliau telah diberikan ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam sekaligus menamatkan pengajian di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard pada 1982 dan menamatkan pengajian di Sekolah Undang-undang dan Diplomasi Fletcher, Harvard-Tufts pada 1984[8] dan memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) di universiti tersebut.

Pendidikan Awal

Pendidikan Peringkat Tinggi

  1. Ijazah Sarjana ‘Sains dan Teknologi,’ Institusi Teknologi Curtin (kini Curtin University), Western Australia (1974);
  2. Kursus Certificate in Management Consultancy di University of Surrey, United Kingdom pada tahun (1979);
  3. Master of Public Administration (MPA), Harvard University, Massachusetts, Cambridge, Amerika Syarikat (1982);
  4. Master of Arts in Law & Diplomacy (M.A.I.D), Tufts University, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (1984); dan
  5. Doctor of Philosophy (PhD) ‘Political Stability & Economic Development,’ Tufts University, Somerville, Massachusetts, Amerika Syarikat (1984).
Remove ads

Kerjaya Awal

Jeffrey Kitingan memulakan kerjayanya sebagai ketua kerani di Jabatan Pertanian Sabah pada tahun 1969 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pentadbir luar bandar dan kerani mahkamah di Lahad Datu dan memegangnya selama setahun.

Pada tahun 1975, Jeffrey adalah pegawai eksekutif dan penganalisis pengurusan pada tahun 1976 di jabatan yang sama. Beliau bekerja sebagai penolong pengarah utama di Jabatan Penubuhan Sabah pada 1977-1978.

Pada tahun 1978, beliau memegang jawatan sebagai pengarah Pengurusan dan Pemodenan Pentadbiran Sabah. Tujuh tahun kemudian beliau menjadi pengerusi di Institut Kajian Pembangunan.[10]

Pada tahun 1990, beliau memulakan kerjaya politiknya.

Politik

Jeffrey memulakan kerjaya politik dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti yang ditubuhkan oleh abangnya, Joseph Pairin Kitingan.[11] Beliau meninggalkan PBS pada 1994 sebelum kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS tumbang. Kemudian beliau menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebelum menyertai Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).[12]

Jeffrey meninggalkan AKAR ekoran pertelingakahan kepimpinan parti tersebut pada tahun 1999, dan menyertai semula PBS sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri Sabah 1999.[11] Jeffrey bertanding dalam pilihan raya tersebut dan menang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Jeffrey keluar dari PBS[12] dan menyertai semula PBRS dan bertahan kurang dari dua tahun berikutan pertelingkahan kepimpinan parti berkenaan[11]. Selepas itu, beliau menjadi ahli politik bebas, bertanding dan menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.

Jeffrey menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum Malaysia 2004 dan dilantik menjadi Naib Presiden[12]. Jeffrey telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden pada 28 Oktober 2009.[13] dan keluar parti tersebut pada 1 Januari 2011.[14]

Pada tahun 2011, beliau kemudiannya menyertai Parti Reformasi Negeri dan mengetuai cawangan parti tersebut untuk negeri Sabah. Pada tahun 2016,[15] beliau telah melakukan penjemanaan semula STAR Chapter Sabah menjadi parti tunggal iaitu Parti Solidariti Tanah Airku. Partinya kini merupakan parti komponen dalam Parti Perikatan Nasional yang membentuk gabungan parti pemerintah, Gabungan Rakyat Sabah.

Dilantik sebagai Senator

Jeffrey pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara (Senator) pada 11 Ogos 1994[16] dan menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[17] di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad.

Menggangotai kabinet persekutuan

Pada 11 Ogos 1994, Jeffrey telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[17] di bawah kepimpinan Mahathir Mohamad.

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[18] Pada 25 Februari 2020, parti pimpinannya membuat penggabungan sebagai pihak keyakinan dan perbekalan dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu dan menumbangkan kerajaan pada ketika itu di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Upacara mengangkat sumpah jawatan dilakukan pada 10 Mac 2020.

Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

Jeffrey bersama enam orang pemimpin dari Parti Bersatu Sabah telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1990-1991 kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia. Mereka ditahan selama dua tahun.[19] tetapi Beliau bertegas mengatakan tidak pernah ada plot sedemikian; dan beliau menjadi sasaran pendakwaan politik kerana mempertikaikan alasan Kuala Lumpur yang menafikan hak Sabah seperti dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Menyertai Kabinet Negeri Sabah

Pasca pilihan raya negeri Sabah 2020, Jeffrey telah memenangi kerusi DUN Tambunan untuk kali kedua selepas memenanginya pada 2018. Dalam pilihan raya tersebut, STAR Sabah bersama-sama parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah telah memperoleh kemenangan. Jeffrey telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Remove ads

Kontroversi

Isu MA63

Jeffrey kitingan dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara tentang 20 Perkara, sehinggakan terjadinya kesalahfahaman politik antara Mahathir Mohamad yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Dinamakan sebagai 'Operasi Talkak' 1990-1991, ketika itu DDJK dituduh sebagai dalang untuk memisahkan Sabah daripada Persekutuan Malaysia.[20] Kata beliau,

Mahathir bertujuan manghapuskan 20 Perkara yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Malaya sahaja.

Jeffrey Kitingan, facebook

Beliau pernah bertemu dengan Tun Dr Mahathir pada Mei 1990, Pertemuan itu adalah untuk membincangkan beberapa isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri dan bukanlah isu pribadi. Namun beliau membalas komen saya akan 20 perkara adalah :

“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”

Tun Dr Mahathir

Menurut pandangan Ketua Program Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata:

Jeffrey diperlukan sebagai penggerak sebenar PKR di Sabah dan Sarawak kerana mereka melihat peluang untuk merampas kedua-dua negeri di Borneo itu masih ada dan potensi penggeraknya ialah adik Joseph itu sendiri.

[21][22]

Sewaktu perbahasan sulung beliau di Parlimen, beliau pernah menyatakan secara terbuka

28 tahun yang lalu, pada 13hb. Mei 1991, saya ditahan dibawah ISA kerana menyentuh Hak-hak Sabah dalam 20-Perkara. Apabila saya masuk Politik selepas itu, saya dipanggil “ORANG GILA” kerana berani [Gila] Menuntut Hak-hak Sabah yang pada waktu itu di “haramkan” tetapi dalam PRU-14 semua pemimpin jadi “Gila” kerana dah ikut cakap orang gila dan memasukkan Isu MA63 dan Hak-hak Sabah Sarawak dalam Manifesto Mereka. Jangan “JANJI TERANG BULAN” Sekarang PH dah jadi Kerajaan dan Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri yang Kedua kali. Janganlah jadikan Janji dalam Manifesto “MENGEMBALIKAN HAK DAN STATUS SABAH SARAWAK DALAM 100 HARI” sebagai hanya “JANJI TERANG BULAN” kami bilang kalau di Sabah. Sepertimana yang telah berlaku kepada MA63 selama 55 tahun.[23][24][25]

Isu Kredit Karbon

Pada akhir 2021, Mongabay melaporkan bahawa Kitingan terlibat dalam perjanjian kredit karbon yang ditandatangani pada Oktober 2021 yang mengisytiharkan 2 juta hektar sebagai kawasan perlindungan, tanpa perundingan orang asli yang tinggal di san .[26][27] Kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin orang asli adalah kritikal terhadap kerahsiaan perjanjian dan sama ada akreditasi karbon syarikat, Hoch Standard, mempunyai pengalaman terdahulu untuk melaksanakannya.[28]

Isu Kehadiran Jeffrey di Parlimen

Pada 25 November 2020 yang lalu, kehadiran Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat mengundang pertikaian sesama pembahasan dijalankan setelah disyaki positif Covid-19,[29] antara yang menimbulkan persoalan dan protes adalah Teo Nie Ching (DAP-Kulai), Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai), Datuk Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) dan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka). [30] Peristiwa ini dibangkitkan dengan kehadiran Jeffrey di Dewan Rakyat yang disifatkannya bertentangan dengan arahan kuarantin wajib 14 hari ditetapkan Kementerian Kesihatan terhadap mereka yang datang dari Sabah melalui kenyataan Datuk Mohd Azis Jamman.[31]

Kenyataan itu dibalas beliau dengan tenang,[32] setelah beliau merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan beberapa ujian calitan Covid-19 dan darah terhadapnya sejak ketibaannya di Kuala Lumpur pada 12 November lalu. Berikutan itu, Beliau menafikan dakwaan yang turut mengatakan beliau masih berada di Kota Kinabalu pada 13 November lalu. Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan berniat jahat bertujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin.[33][34][35][36][37]

Remove ads

Pilihan raya

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Remove ads

Kesihatan

Dari Disember 2007 hingga Mei 2008, selama enam bulan beliau terlantar di katil akibat kemalangan dan hampir lumpuh.[41]

Pada 3 Januari 2021, Jeffrey Kitingan didapati positif penyakit Coronavirus (COVID-19) dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.[42] Dia dan isterinya pulih dari Covid-19 pada 16 Januari 2021.[43]

Penulisan

Buku

  • Pembangunan Insan: Pendekatan Baru Yayasan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar (1990) ISBN 967-9910-21-0
  • Justice for Sabah

Jawatan

Anugerah dan penghargaan

Malaysia

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads