Gunung Angsi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gunung Angsi
Remove ads

Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu Bendul, Kuala Pilah dan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki).[1] Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.[2] Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar.

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...


Thumb
Gunung Angsi, dilihat dari Mambau.


Thumb
Gerbang mercu tanda berbentuk seperti Istana Lama Seri Menanti di permulaan trek mendaki (trailhead) Gunung Angsi di Bukit Putus.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh menikmati pemandangan kawasan bandar raya Seremban dan juga gunung-ganang di sepanjang ekor selatan Banjaran Titiwangsa seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan,[3] di tambah dengan laluannya yang amat mencabar.[4]

Hutan Ulu Bendul merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, damar hitam, dan pokok mersawa.

Sebuah pusat peranginan bukit kecil pernah bertapak di Gunung Angsi pada awal abad ke-20 yang menempatkan sebuah banglo, terletak pada ketinggian 762 meter (2,500 ka) dari aras laut.[5][6][7]

Remove ads

Sejarah lisan

Gunung ini diceritakan menempatkan seorang ketua suku bernama Dato' Paroi yang mampu menjelma menjadi seekor harimau jadian malah menjadi penghulu kepada semua harimau yang berkeliaran di Negeri Sembilan; gunung ini dikatakan menjadi tempat semua ekor harimau ini bertumpu untuk berguru silat dan mengaji dengannya. Ia pernah menjadi tempat keramat dikunjungi orang Melayu dan Cina setempat memberi hadiah penghormatan kepadanya pada abad ke-19.[8]

Remove ads

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads