Bukit Putus
kawasan bukit sempadan Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bukit Putus (sebutan dalam loghat tempatan: Bukik Putuih; Jawi: بوكيت ڤوتوس) merupakan sebuah genting gunung di ekor selatan Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan daerah-daerah Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Malaysia. Genting gunung ini diapit oleh Gunung Angsi dan massif Telapak Buruk–Berembun.


Terdapat dua jalan utama yang menyeberangi Bukit Putus, iaitu Laluan Persekutuan 51 iaitu jalan utama yang menghubungkan bandar raya Seremban di barat dengan Bandar Kuala Pilah di timur, dan Laluan Persekutuan 361, iaitu jajaran lama yang lebih berliku. Jambatan Bukit Putus, iaitu jambatan keempat tertinggi di Malaysia, membawa sebahagian jajaran Laluan Persekutuan 51.
Bukit Putus terkenal sebagai tempat meletusnya Perang Bukit Putus pada tahun 1875 yang berpunca daripada ketidaksefahaman antara Seri Menanti dan Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu atas perlantikan Tunku Antah sebagai Yamtuan Besar yang dipersetujui oleh Luak Tanah Mengandung dan Johol, yang akhirnya membawa kepada perpecahan Negeri Sembilan dengan Sungai Ujong. Rembau dan Jelebu memutuskan untuk keluar daripada konfederasi itu sebagai tanda membantah tindakan tersebut yang dianggap melanggar hak mereka untuk memilih dan melantik Yamtuan Besar. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kehadiran pihak British di Sungai Ujong, di bawah pimpinan Kapten Patrick J. Murray merangkap Residen di luak tersebut.
Remove ads
Kisah rakyat
Bukit-bukau ini dipercayai menutup jejak tapak seekor gajah putih yang penuh keramat dan dijadikan suatu telaga, diceritakan lapan buah keluarga mendirikan kampung tempat sekitar telaga ini.[1]
Pekan berhampiran
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads