Gunung Bintang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, Malaysia. Tingginya 1,862 meter dari aras laut.[1] Ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand sehingga ke Beruas, Perak, dan juga adalah kemuncak tertinggi banjaran ini.

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...

Puncak Bintang juga menandakan titik pertemuan empat daerah, iaitu Kulim dan Baling di sebelah Kedah, dan Hulu Perak dan Larut, Matang dan Selama di sebelah Perak. Ini bermakna sekiranya pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di keempat-empat daerah tersebut pada suatu masa yang sama.[2]

Remove ads

Jenis hutan

Gunung Bintang mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Pendakian

Untuk mendaki boleh melalui Kampung Sedim yang terletak di daerah Kulim, Kedah. Pun begitu, mestilah mendapatkan permit dan penunjuk arah tempatan. Penunjuk arah dan aktiviti sampingan seperti white water rafting turut ditawarkan.[3]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads