Banjaran Bintang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Banjaran Bintang
Remove ads

Banjaran Bintang adalah sebuah banjaran gunung yang menganjur dari selatan Thailand di utara sehingga ke Beruas di Perak, Malaysia. Di sebelah timurnya adalah Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran yang menjadi 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia, yang juga bermula dari selatan Thailand.

Thumb
Banjaran Bintang di Taiping, Perak
Pemandangan panoramik Banjaran Bintang berhampiran Baling, Kedah

Di atasnya ada beberapa buah gunung dan bukit seperti Bukit Bokbak (1199 m), Bukit Larut [1] (1200 m), Gunung Bintang (1882 m), Gunung Inas (1801 m), Gunung Ulu Jernih (1577 m) dan gunung-gunung dan bukit-bukit lain yang lebih rendah. Gunung Bintang yang terletak di sempadan negeri Perak dan Kedah adalah puncak tertinggi banjaran itu.

Banjaran Bintang menjadi legeh antara lembangan-lembangan Sungai Perak dengan Sungai Kerian. Terdapat pelbagai air terjun dan kawasan perkelahan di Banjaran Bintang ini seperti Hutan Lipur Sungai Sedim dan Hutan Lipur Bukit Hijau.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads