Amar Baharin
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Amar bin Mohd Baharin (Jawi: امار بن محمد بحرن; lahir 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009.[2] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.[3] Antara drama terkenal beliau ialah Janji Kekasih, Khurafat The Series, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih Cemburu Seorang Perempuan [4][5] dan Hati Yang Dikhianati. Sepanjang kerjaya lakonannya, Amar dikenali dengan melakonkan watak lelaki romantis dan suami orang dalam kebanyakan drama lakonan beliau meskipun tidak memenangi sebarang anugerah untuk hasil kerja lakonannya.[6]
Remove ads
Kehidupan awal
Amar Baharin dilahirkan pada 1 Julai 1985 dan Amar Baharin dilahirkan di Kajang, Selangor. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, kepada pasangan Mohd Baharin Amir dan Nor Hayati Abd Aziz.[7] Mempunyai darah kacukan Arab, Thai dan Melayu, Amar bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan lulusan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM kampus Shah Alam.[8][9]
Remove ads
Kerjaya
Meskipun berkelulusan dalam Kejuruteraan Elektrik di UiTM, Amar memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon sepenuh masa. Pada tahun 2008, beliau memulakan kerjaya lakonan profesional menerusi peranan kecil dalam siri drama Sofea Zahra yang bersiaran di Astro Ria.
Pada tahun 2009, Amar menyertai rancangan realiti TV Astro Ria, Anak Wayang di mana beliau merupakan salah seorang pesertanya, menerusi rancangan inilah beliau mengenali Dayana Roza, Feeya Iskandar, Hairi Safwan, Lan Siro, Afzan A. Rahman, Hafiz Halim dan Alex Yanz yang menjadi peserta rancangan itu.[10] Sepanjang bersama Anak Wayang, Amar terpilih membintangi drama Kecuali Cintamu di mana beliau memegang watak sebagai seorang mekanik.
Pada tahun yang sama, Amar melakonkan peranan Ashraf dalam siri drama Kau dan Aku yang diadaptasi dari telenovela Velenzuela, Somos Tu y Yo dan dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, beliau melakonkan kembali peranannya dalam musim kedua siri itu.
Pada tahun 2011, Amar membintangi telefilem pertamanya, Prebet Jamilah 2 yang merupakan kesinambungan daripada telefilem 2010 dengan judul sama yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, juga pada tahun yang sama, beliau bekerja sekali lagi dengan Scha menerusi drama Kelaaas Kau Maria!! dan telefilem Mimi Mencari Cinta.
Amar melakonkan peranan pembantu sebagai Rosman dalam siri drama seram Khurafat The Series yang diadaptasi dari filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof, drama itu dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Nora Danish.[11] Beliau juga muncul dalam telefilem Patah Seribu yang dibintangi oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.
Beliau membintangi dalam telefilem untuk siaran Astro First Eksklusif bertajuk Anugerah Dendam Yang Terindah (2013) arahan Mohd Feroz Abd Kadir dan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, Amar melakonkan watak sebagai adik bongsu kepada Azman yang bernama Aril, yang menuruti kehendak ibunya, dan kemudiannya ditunangkan dengan Izatul hingga terbabit dalam nahas jalan raya dan lumpuh.
Juga pada 2013, beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem sejarah patriotik arahan Shuhaimi Baba bertajuk Tanda Putera yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Razaleigh Hamzah. Ia merupakan satu-satunya filem lakonan beliau di dalam kerjaya lakonannya.
Pada tahun 2014, Amar diberi peranan sebagai Tajul Razin dalam siri drama waktu perdana TV3, Kerana Terpaksa Aku Relakan yang dibintangi bersama Izreen Azminda, diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Umie Nadzimah. Beliau juga muncul dalam beberapa drama lain termasuk Kristal Maya dan Bila Hati Telah Hitam.

Pada tahun berikutnya, Amar terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel 1938 dengan judul sama karya sasterawan Indonesia, Hamka. Juga pada 2015, beliau membintangi drama Tersuka Tanpa Sengaja bersama teman wanitanya ketika itu, Amyra Rosli (kini menjadi isterinya), Emma Maembong dan Hafreez Adam, yang diadaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama nukilan Pena Kayu.
Beliau bergandingan bersama Siti Elizad dalam siri drama waktu perdana Astro Ria, Si Kolot Suamiku yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Ehsan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Amar dan Elizad dalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.
Bermula 2 April 2018, Amar memegang watak utama bersama Mawar Rashid dalam siri drama waktu perdana Kalis Kasih untuk siaran di Slot Samarinda di TV3.
Beliau berlakon di samping isterinya, Amyra dalam drama Cemburu Seorang Perempuan dengan memegang watak sebagai Zikri. Ini merupakan drama pertama lakonan bersama Amar dan Amyra sejak perkahwinan mereka.[12][13][14][15][16] Beliau memegang watak sebagai Romi, seorang pemuda yang bersikap negatif dalam telefilem Jangan Disalahkan Takdir di TV3 lakonan bersama Amar Asyraf yang memegang watak Muhammad, seorang pemuda yang bersikap positif.
Amar kembali aktif di set penggambaran selepas tiga bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19, beliau menjalani penggambaran drama Ayat-Ayat Halal.[17]

Beliau digandingkan bersama Isyariana Che Azmi menerusi drama Hati Yang Dikhianati di Astro Prima, seterusnya muncul dalam drama Derita Untuk Bahagia bersama Azar Azmi.[18][19]
Amar kembali digandingkan bersama Isyariana dalam Biarkan Ia Pergi, kemudian digandingkan bersama Rita Nadira dan Anna Jobling dalam Terima Kasih Cinta yang kedua-duanya disiarkan pada tahun 2022 di TV3. Setahun berikutnya, beliau berlakon dalam Bukan Puteri Lindungan Bulan bersama Janna Nick.[20][21]
Pada tahun 2023, beliau dan isterinya, Amyra berlakon dalam drama pendek Falah arahan bekas wartawan Harian Metro, Amirul Haswendy Ashari yang disiarkan di TV Alhijrah.[22]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Amar mula menjalin hubungan dengan pelakon, Amyra Rosli ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong.[23] Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja. Mereka bertunang pada 22 Julai 2016[24][25] dan berkahwin pada 11 November.[26] Pada 15 Oktober 2017, Amar dan Amyra dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar. Pada 2 Februari 2020, mereka dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan.[27] Pada 8 Februari, Amar dan Amyra menamakan bayi perempuan mereka Ayra Arissa, mereka juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya.[28]
Bapa beliau, Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada 25 Mei 2023. Bagaimanapun, beliau merahsiakan usia dan punca kematian bapanya.[29][30][31]
Kontroversi
Isu geran tanah
Pada 25 April 2024, Amar meluahkan kekecewaannya terhadap Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang masih tidak menyelesaikan isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih, Selangor yang didakwa mempunyai dua geran berbeza. Menurutnya, geran asal tanah tersebut dipegang oleh ibunya, Norhayati Abd Aziz dan isu tanah tersebut berlaku ketika bapanya, Mohd Baharin Amir masih hidup dan sehingga bapanya meninggal dunia pada Mei 2023.[32][33] Pada 30 April, Amar mengesahkan bahawa ibunya ialah pemilik sah tanah di Semenyih menerusi kemas kini oleh PTG.[34]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Teater
Dokumentari
Siniar
Iklan komersial
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
