Hanafi Zulkapli

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hanafi Zulkapli
Remove ads

Ustaz Hanafi Zulkapli (Jawi: حنفي ذوكيفلي; lahir 16 Disember 1983) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia[1] dan pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi 2019[2]/2021. Dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula 2021 - 2022. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah bertanding[3] di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras tetapi tewas.

Fakta Segera Ustaz, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ...
Remove ads

Latar belakang

Hanafi Zulkapli dilahirkan pada 16 Disember 1983 di Baling, Kedah. Beliau mendapat pendidikan peringkat diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Usuluddin. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang Tafsir di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.

Kerjaya

  • Pengarah Urusan, Ustaz Pi Mart, Subang Bestari.
  • Guru Besar, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Subang
  • Bekas Pengurus, PASTI Amal Bestari
  • Bekas Guru Agama dan Bahasa Arab, Maahad Tahfiz Wal Qiraat Seksyen 3, Shah Alam
  • Bekas Guru Agama dan Bahasa Arab, Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah, Baling.

Politik

  • Calon PAS PRU14 di DUN Paya Jaras
  • Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia (2021-Kini)
  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)
  • Timbalan Yang Dipertua, PAS Kawasan Sungai Buloh (2019-2021)
  • Timbalan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2015-2019)
  • Pengarah, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (2015-2017)
  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (2013-2019)

Isu

Gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur 2020

Dalam isu gangguan bekalan air pada 4 hingga 9 September 2020, Hanafi Zulkapli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka kertas siasatan mengenai kes ini. Ia dikhuatiri berlaku salah guna kuasa di peringkat penguatkuasaan kerana premis di Sungai Gong tersebut pernah dikompaun[4].

Kesihatan

Hanafi pernah disahkan positif COVID-19 pada Mei 2021[5].

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads