Hashim Jasin

ulama dan ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hashim Jasin
Remove ads

Dato' Tuan Guru Haji Hashim bin Jasin (Jawi: هاشم بن جاسين) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia[1]. Beliau merupakan Mursyidul Am PAS yang berperanan sebagai Ketua Majlis Syura Ulamak PAS [2]. Beliau adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Perlis bertanding di atas tiket PAS. Pada 9 Oktober 2016, Tuan Guru Haji Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September 2016 di California.

Fakta Segera Yang Berbahagia Dato' Tuan Guru Haji DPSJ (Perlis), Mursyidul Am PAS ...
Remove ads

Pendidikan

Hashim Jasin bersekolah di Sekolah Melayu Jelampuk, kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Alawiyah, Arau. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Baghdad Iraq dalam Sastera Arab dan Perundangan Islam.[3] Beliau merupakan salah seorang daripada 10 pelajar Malaysia yang mendapat tajaan melanjutkan pengajian ke Baghdad, Iraq oleh kerajaan Iraq pada 1964. Rakan seangkatannya yang lain ialah Hassan Shukri (almarhum), Dahlan Mohd Zain (almarhum), Syeikh Azmi Ahmad (bekas Mufti Pulau Pinang), Tuan Guru Haji Abdul Ghani Kasa, Hasbullah Kasban, Muhammad Daud Iraqi (almarhum), Isamuddin Ahmad, Abdul Rahim Mohd Zain dan Abdul Halim Yahya. Seorang lagi mahasiswa Malaysia yang turut seangkatan di Iraq ialah Tuan Guru Jaliluddin Abdul Wahid[4].

Remove ads

Pilihan raya

Dalam Pilihan raya kecil Parlimen Arau 1998, Hashim Jasin telah memenangi kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, Hashim Jasin telah memenangi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Hashim Jasin sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan[5]

Pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Remove ads

Anugerah

  • Perlis Perlis
    • Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) - Dato' (2018)[8] [9]

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads