Haumea (planet kerdil)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Haumea (planet kerdil)
Remove ads

Haumea (simbol: 🝻)[18] merupakan sebuah planet kerdil dalam sistem suria. Pengkajian mengenainya diumumkan pada tahun 2005 oleh sekumpulan ahli astronomi iaitu Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David Rabinowitz daripada Amerika Syarikat serta J. L. Ortiz daripada Sepanyol. Walau bagaimanapun, kumpulan Ortiz dianggap penemu pertama Huamea oleh Pusat Planet Minor (MPC). Haumea dikelaskan sebagai planet kerdil pada 17 September 2008.

Fakta Segera Penemuan, Ditemui oleh ...

Planet ini merupakan sebahagian daripada Objek Trans-Neptun kerana ia mengorbit matahari melepasi planet Neptun. Seperti Marikh, planet ini juga mempunyai dua bulan yang dinamakan sebagai Hiʻiaka dan Namaka.

Jasad ini dinamakan sempena dewi keibuan dan kesuburan dipercayai dalam kalangan masyarakat peribumi kepulauan Hawaii dalam serapah Kumulipo:

Hanau o Haumea he wahine, i noho ia Kanaloa-akua [...] Laha Haumea i na mo‘opuna ...[19]
("Lahirnya Haumea yang perempuan, duduknya dia dengan Kanaloa sang Tua [...] / Tersebarnya [darahnya] dalam cucu-cicitnya...)

Thumb
Orbit Haumea (kuning) dan Pluto (merah) yang relatif kepada orbit Neptun (kelabu) setakat Mei 2009
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads