Hebei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
ⓘ (Bahasa Cina: 河北; pinyin: Hébĕi; Ejaan peta pos: Hopeh) ialah sebuah wilayah di bahagian utara Republik Rakyat China. Singkatan satu aksaranya ialah "冀" (pinyin: jì), sempena Wilayah Ji (冀州 Jì Zhōu) yang wujud ketika Dinasti Han dan merangkumi kawasan selatan Hebei. Nama Hebei bermaksud "utara Sungai (Kuning)".
Zhili (Cina Tradisional: 直隸, Cina Ringkas: 直隶, pinyin: Zhílì), yang bermaksud "Di Bawah Pemerintah Langsung (Istana Diraja)", merupakan nama Hebei sebelum tahun 1928.
Hebei mengelilingi kawasan perbandaran Beijing dan Tianjin (yang jgua bersempadan sesama sendiri) sepenuhnya. Hebei bersempadan dengan wilayah Liaoning di timur laut, Mongolia Dalam di utara, Shanxi di barat, Henan di selatan, dan Shandong di tenggara. Teluk Bohai di Laut Kuning terletak di timurnya. Sebahagian kecil Hebei, iaitu sebuah bahagian yang terpisah daripada kawasan lain wilayah ini, diapit antara kawasan perbandaran Beijing dan Tianjin.
Satu nama alternatif yang sering digunakan bagi Hebei ialah Yānzhào (燕赵), bersempena negeri Yan dan negeri Zhao yang pernah wujud di sini ketika Zaman Negeri Berperang dalam sejarah China awal.
Remove ads
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Hebei. |
- (Cina) Laman web rasmi Kerajaan Wilayah Hebei, China
- (Inggeris) China Internet Information Center
- Peta besar Hebei
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

