Hermann Göring
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Hermann Wilhelm Göring (atau Goering;bahasa Jerman: [ˈɡøːʁɪŋ] ( dengar); 12 Januari 1893 – 15 Oktober 1946), ialah seorang ahli politik Jerman, pemimpin tentera, anggota utama Parti Nazi (NSDAP) dan secara rasminya pemimpin kedua bagi Reich Ketiga selepas Adolf Hitler. Seorang juruterbang pesawat pejuang ace dalam Perang Dunia Pertama, beliau adalah penerima pingat Pour le Merite yang didambakan, juga dikenali sebagai "Blue Max".Beliau merupakan komander terakhir Jagdgeschwader 1, unit sayap pejuang yang pernah dipimpin oleh Manfred von Richthofen, dikenali sebagai "Red Baron".
Remove ads
Seorang ahli NSDAP sejak awalnya lagi, Göring tercedera pada tahun 1923 semasa rampasan kuasa yang gagal yang dikenali sebagai Beer Hall Putsch. Beliau menjadi penagih kekal morfin selepas dirawat dengan dadah tersebut bagi kecederaannya. Selepas membantu Adolf Hitler mengambil kuasa pada tahun 1933, beliau menjadi orang kedua paling berkuasa di Jerman. Beliau mengasaskan Gestapo pada tahun 1933. Göring dilantik sebagai panglima tertinggi Luftwaffe (tentera udara) pada tahun 1935, jawatan yang dipegangnya sehingga hari terakhir Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1940 beliau berada di kemuncak kuasa dan pengaruhnya; sebagai menteri yang memimpin Rancangan Empat Tahun, beliau bertanggungjawab bagi kebanyakan fungsi ekonomi Jerman semasa pembinaannya hingga Perang Dunia Kedua. Hitler menaikkan pangkatnya ke Reichsmarschall, iaitu pangkat paling kanan berbanding semua panglima Wehrmacht yang lain, dan pada tahun 1941 Hitler melantik beliau sebagai pengganti dan timbalannya bagi semua jawatannya.
Menjelang tahun 1942 hubungan baik Goring dengan Hitler semakin merosot, ini disebabkan Luftwaffe gagal mencapai komitmennya dan gerakan perang Jerman terhalang di kedua-dua barisan. Oleh itu Goring berundur seketika daripada tabir tentera serta politik dan memberi tumpuan kepada pemerolehan harta dan karya seni, yang kebanyakkannya dirampas dari orang yahudi yang menjadi mangsa Holocaust. Dimaklumkan pada 22 April 1945 yang Hitler merancang untuk membunuh diri, Goring menghantar sekeping telegram kepada Hitler memohon untuk mengambil alih pemerintahan Reich. Melihat ia satu tindakan pengkhianatan, Hitler memecat Goring daripada semua jawatan serta parti dan mengarahkan penangkapannya. Selepas Perang Dunia II, Goring telah disabitkan dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Perbicaraan Nuremberg; beliau merupakan pegawai tertinggi Nazi yang dibicarakan disana. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati tetapi membunuh diri dengan meminum racun sianida pada malam sebelum hukuman mati dijalankan.


Remove ads
Awal kehidupan
Tarikh kenaikkan pangkat
- Fähnrich - 13 May 1911
- Leutnant - 20 Januari 1914
- Oberleutnant - 18 Ogos 1917
- Hauptmann (Kehormat) - 8 Jun 1920
- General der Infanterie (Kehormat) - 31 Ogos 1933
- General der Flieger - 1 Mac 1935
- Generaloberst - 20 April 1936
- Generalfeldmarschall - 4 Februari 1938
- Reichsmarschall - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1: 22 Mac 1915
- Iron Cross (1914) Kelas 2: 15 September 1914
- Lencana Pesawat Pemerhati Diraja Prusia: 15 November 1914
- Pingat Kesatria Kelas 2 Darjah Singa Zahringer Grand Duke Baden berserta Pedang: 8 Julai 1915
- Lencana Juruterbang Diraja Prusia: 12 Oktober 1915
- ''Piala Kehormat bagi Pemenang Kombat Udara'': 15 April 1916
- Pingat Kesatria Darjah Kepujian Tentera Duke Karl-Friedrich Baden: 20 Oktober 1917
- Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang: 20 Oktober 1917
- Lencana Cedera warna Hitam: 1918
- Medal Bulan Sabit Besi (Bintang Gallipoli) Turki
- Pour le Merite: 2 Jun 1918
- Pingat Berdarah Parti Nazi (tanpa nombor) (Medal Peringatan 9 November 1923): 9 November 1933
- Lencana Emas Kehormat Parti Nazi: 1 Disember 1933
- Pingat Utama Darjah Tentera Savoy Itali
- Pingat Palang Merah Jerman dengan Riben leher berserta Bintang dada, Gred khas
- Pingat Utama Darjah Kerabat Duke Saxon-Ernestine (Model 2)
- Lencana Penerbangan (dizahirkan oleh Goring pada 19 Januari 1935)
- Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahta Berlian: 16 Mac 1935
- Cuff title (gegelang nama) "Jagdgeschwader Frhr.v.Richthofen Nr.1 1917/1918": Oktober 1935
- Pingat Kehormatan Pejuang (1934)
- Lencana Kehormat "Helang Perak" NSDAP Daerah Thuringia: 20 April 1937
- Lencana Emas Kehormat NSDAP Daerah Berlin
- Darjah Matahari Terbit Jepun Kelas 1 berserta Selepang dan Bintang: 9 November 1937
- Pingat Kehormat Pertahanan Udara Gred 1: 20 April 1938
- Pingat Utama Darjah Dannebrog berserta Berlian dan Rantai (Darjah Tertinggi Denmark): 6 Ogos 1938
- Pingat Utama Darjah Saint Maurice dan Lazarus Itali: 1938
- Pingat Utama Darjah Pedang Diraja Sweden berserta Rantai: 2 Februari 1939
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 1 dan 2: 30 September 1939
- Knight Cross of the Iron Cross: 30 September 1939
- Pingat Danzig Kelas 2 dan 1: Oktober 1939
- Kalung Besar Kesatria Darjah Yang Maha Utama Hari Pengisytiharan Suci Itali: 22 Mei 1940
- Pingat Utama Darjah Mahkota Itali: 1940
- Kalung Besar Gred 1 Darjah Busur dan Anak Panah Imperial Sepanyol
- Grand Cross of the Iron Cross: 19 Julai 1940
- Darjah Michael the Brave Romania Kelas 3 hingga Kelas 1: 21 Oktober 1941
- Pingat Utama Darjah Tentera Savoy Itali berserta Bintang dan Selepang: 27 November 1941
- Pingat Utama Darjah Kebebasan Finland berserta Pedang: 25 Mac 1942
- Darjah Bunga Paulownia Jepun Kelas 1: 29 September 1943
- Pingat Kemenangan Perang Slovakia Kelas 1
- Pingat Komander Darjah Aeronautik yang Dihormati Romania berserta Bintang Perang dan Pedang
- Pingat Utama Darjah Singa Finland berserta Pedang
- Pingat Utama Darjah Bunga Ros Putih Finland berserta Pedang
- Pedang Utama Perpaduan Nasional Jepun Shochoku Seishin Shinkokai
- Pingat Utama Darjah Bintang Diraja Itali
- Lencana Perang Kapal Selam (1939) bertahta Berlian
- Lencana Juruterbang Romania
Remove ads
Lihat juga
Pemimpin Jerman
- Adolf Hitler
- Rudolf Hess
- Joseph Goebbels
- Heinrich Himmler
- Joachim von Ribbentrop
- Albert Speer
- Martin Bormann
- Alfred Rosenberg
- Robert Ley
- Wilhelm Frick
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
- Werner von Blomberg
- Gerd von Rundstedt
- Erich Raeder
- Fedor von Bock
- Wilhelm Ritter von Leeb
- Walther von Brauchitsch
- Wilhelm Keitel
- Walther von Reichenau
- Erwin von Witzleben
- Gunther von Kluge
- Albert Kesselring
- Hugo Sperrle
- Wilhelm List
- Erhard Milch
- Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
- Erwin Rommel
- Georg von Kuchler
- Erich von Manstein
- Friedrich Paulus
- Ernst Busch
- Ewald von Kleist
- Maximilian Freiherr von Weichs
- Karl Donitz
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Walter Model
- Ferdinand Schorner
- Robert Ritter von Greim
Remove ads
Petikan
Sumber
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads