Hujan (kugiran)

kugiran rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hujan (kugiran)
Remove ads

Hujan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Miri, Sarawak. Diasaskan pada tahun 2005 oleh Noh Salleh, kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Noh Salleh, gitaris Hezry "AG" Hafidz, pemain bes dan keyboard Hang Dimas dan pemain dram Azham Ahmad sebagai ahli asal.[3] Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran.[4][5][6] Kini, Hujan terdiri daripada Noh, AG, Azham dan Izzat Huzaini.

Fakta Segera Asal, Genre ...

Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er-ere, daripada Inggeris Lama -ere ‎(awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz ‎(awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.[7]

Remove ads

Sejarah

2005: Penubuhan

Kugiran Hujan bermula di laman media sosial Myspace, di mana kebanyakan ahli kumpulan berhubung melaluinya walaupun tidak mengenali sesama mereka pada awal perkenalan namun berkongsi minat yang sama. Noh Salleh memuat naik beberapa demo di Myspace dan mula diterima secara umum.

2006-2009: EP, pengaruh muzik dan jelajah Hujan ke UK

Hujan melabelkan genre yang dibawa oleh mereka sebagai rock indie, rock garaj dan rock alternatif. Mereka lebih cenderung mendendangkan lagu dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka ialah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.

Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu 1,2,3,Go! dan Check Check Rock Rock malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana, mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

2009: Mencari Konklusi dan Mencari Konklusi Tour

Pada 2009, mereka melancarkan konsert jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" seiring dengan album Mencari Konklusi yang telah diadakan di seluruh negara. Jelajah itu diakhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke Eropah setelah diundang bagi bersama kumpulan rock legenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.

2010: Lonely Soldier Boy

Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka Lonely Soldier Boy yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar Raingers.

2012-kini: Sang Enemy, Hujan X Love Me Butch Tour 2013 dan terkini

Hujan tampil dengan penuh kelainan berbanding sebelumnya dengan album Sang Enemy yang bergenre post-hardcore dan metalcore. Bergandingan dengan Love Me Butch, Hujan melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar Hujan X Love Me Butch Tour 2013.

Album kelima Hujan, Jika Sempat dikeluarkan pada April 2016. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. "Jika Sempat" dan "Kamar Sepi" dikeluarkan sebagai single.[8][9]

Remove ads

Ahli kumpulan

Ahli terkini

  • Noh Salleh - Vokalis, Gitar Kedua, Penulis Lagu
  • Hezry Hafidz - "AG Coco" - Gitar Utama, Penggubah Lagu
  • Azham Ahmad - "Ambobzeela" - Dram
  • Izzat Uzaini - Bes Gitar

Bekas ahli

  • Azhar Imran - "Jaja" - Bes
  • Nazeri Nazirul - "Dugong" - Bes
  • Hang Dimas - Papan nada Bes

Diskografi

EP

Album studio

OST

Kompilasi

  • CD Issue-9 Majalah JUNK: "Pagi Yang Gelap"
  • Support Our Local Act Volume 1: "Bila Aku Sudah Tiada"

Single

  1. Kuala Lumpur
  2. Gundah
  3. Pagi Yang Gelap
  4. Ah Moi Chantek
  5. Jiwa Kelajuan
  6. Empayarmu
  7. Aku Skandal
  8. Neon
  9. Ku Mahu Kau Tahu
  10. Lepaskan Aku
  11. DugaanNya
  12. Bila Aku Sudah Tiada (OST Misi Ady)
  13. Pijak Hatiku
  14. Mencari Konklusi
  15. Obsesi
  16. Kau Harus Ada
  17. Romantik
  18. Salam Aidilfitri Ayah Bonda - duet bersama kumpulan Raihan
  19. Inspektor Remos
  20. Muda
  21. Hampir
  22. Bahgia
  23. Kotak Hati
  24. Aku Yang Asing
  25. Dikala Bulan Bermain Biola
  26. Rumah Kita
  27. Mana Mungkin

Single Noh Salleh

Penyanyi utama Noh Salleh juga pernah ditampilkan dalam lagu beberapa artis popular sebagai projek luar. Sebelum bersama Hujan, Noh pernah menyertai kumpulan M.I.X pada tahun 2004 hingga 2006. Berikut ialah single Noh secara solo:-

Maklumat lanjut Tahun, Judul Lagu ...

Demo

  • "Ludah Amerika"
  • "Luka Mana"
  • "Papa Mama"
  • "Lonely Soldier Boy"
  • "Sedih"
  • "Neon"
  • "Selamat Hari Ibu"
  • "Ku Mahu Kau Tahu"
  • "Empayar Mu"
  • "Hampir"
  • "Kamek Sayang Kitak"
  • "Kau Pijak Hatiku"
  • "Kotak Hati"
  • "Kuala Lumpur"
  • "Miri"
  • "Di Kala Bulan Bermain Biola"
  • "Bagaikan Matahari"
  • "Mimpiku Hanya Mimpi"
  • "Muda"
  • "Rantai Rasa Cinta"
  • "Baju Melayu Di Pagi Raya"
  • "Na Na Na"
  • "Lepaskan Aku"
  • "Kelonsong Peluru"
  • "Kepak Ayam"
Remove ads

Anugerah

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), Tahun ...

Anugerah Planet Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Planet Muzik, Tahun ...

Anugerah Juara Lagu

Maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu (AJL), Tahun ...
Maklumat lanjut Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Tahun ...

Anugerah Shout!

Maklumat lanjut Anugerah Shout!, Tahun ...

Versus TV9

Maklumat lanjut Versus TV9, Tahun ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads