Ibrahim bin Muhammad

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ibrahim bin Muhammad
Remove ads

Ibrahim bin Muhammad (Arab: إِبْرَاهِيم ٱبْن مُحَمَّد) ialah anak bungsu Nabi Muhammad menerusi Mariah al-Qibtiyah, dan satu-satunya keturunan bukan menerusi Khadijah binti Khuwailid. Beliau lahir pada akhir bulan 8 Hijriah.[1] Sayyidina Ibrahim disusui oleh Ummi Sayf, isteri Abu Sayf, sebagai tradisi bangsa Arab pada saat itu. Nabi Muhammad juga berkesempatan memberi beberapa ekor kambing untuk melengkapi persediaan susunya.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Seperti kebanyakan keturunan baginda, Ibrahim meninggal dunia pada usia bayi. Berdasarkan kitab Al-Bidāya wa-n-Nihāya Ibnu Kathir, satu gerhana matahari berlaku pada hari kematiannya. Hal ini menyebabkan baginda bersabda sebagai peringatan bahawa gerhana bukanlah petanda kelahiran atau kematian.[3][4] Berdasarkan rekod astronomi, gerhana ini (dan oleh itu, kematiannya) berlaku pada 27 Januari 632 M.[5]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads