Filum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Filum berasal dari bahasa Greek; phylum yang bererti cabang. Biasanya istilah ini dipakai dalam ilmu bahasa perbandingan atau dalam ilmu biologi dalam menghuraikan atau mengkelaskan hubungan 'keluarga' antara jenis atau bahasa.

Maklumat lanjut Pengelasan biologi ...

Dalam biologi pengkelasan ini menjadi: subfilum, kelas, order, famili, genus dan spesies.

Dalam ilmu bahasa, hal ini merupakan kelompok bahasa atau rumpun bahasa yang berpisah sekitar 50 sampai 100 abad lampau.

Istilah filum biasanya digunakan untuk haiwan, manakala divisi digunakan untuk tumbuhan.

Remove ads

Jenis filum

Haiwan

Nilai di bawah adalah anggaran; angka adalah berbeza-beza mengikut pengarang, sebilangan angka adalah berdasarkan spesies yang diketahui,[1] dan sebilangan lagi adalah berdasarkan andaian bilangan spesies yang tidak diketahui. Sebagai contoh, kira-kira 25,000–27,000 spesies nematod telah dikenal pasti, dengan nilai yang diterbitkan menetapkan angka termasuk 10,000–20,000; 500,000; 10 juta; dan 100 juta.[2]

Protostom Bilateria Nephrozoa
Deuterostom
Basal/dipertikai Bukan Bilateria
Vendobionta
Parazoa
Lain-lain
Maklumat lanjut Maksud, Nama lazim ...

Tumbuhan

Alam tumbuhan (Plantae) ditakrifkan dalam pelbagai cara berdasarkan ahli biologi. Semua pengelasan termasuk embrofit hidup (tumbuhan darat), yang juga boleh termasuk dua divisi alga hijau, Chlorophyta dan Charophyta, dalam klad Viridiplantae. Jadual di bawah menunjukkan sistem Cavalier-Smith yang terkenal (tetapi juga diperdebatkan) dalam penyamaan "Plantae" dengan Archaeplastida,[8] kumpulan Viridiplantae dengan divisi alga Rhodophyta dan Glaucophyta.

Takrifan dan pengelasan tumbuhan di bahagian divisi juga pelbagai berdasarkan sumber, dan telah berubah sejak kebelakangan ini. Oleh itu, sesetengah sumber meletakkan paku ekor kuda dalam divisi Arthrophyta dan paku-pakis pula dalam Monilophyta,[9] sementara sumber berlainan meletakkan kedua-duanya di bawah Monilophyta seperti di bawah. Divisi Pinophyta mungkin digunakan bagi semua gimnosperma (yakni termasuk sikad, ginkgo dan gnetofit),[10] atau bagi konifer semata-mata seperti di bawah.

Sejak penerbitan pertama sistem APG pada 1998 yang mengusulkan pengelasan angiosperma hingga tahap order, banyak sumber cenderung untuk menetapkan taraf melebihi order sebagai klad tak formal. Divisi tradisional di bawah telah diturunkan ke darjat yang jauh lebih rendah di mana taraf-taraf formal telah diberikan, cth. subkelas.[11]

Tumbuhan darat Viridiplantae
Alga hijau
Alga lain (Biliphyta)[8]
Maklumat lanjut Divisi, Takrifan ...

Fungi

Filum Microsporidia lazimnya disertakan dalam alam kulat, tetapi perkaitannya masih kurang jelas,[19] dan disangka sebagai protozoa oleh Persatuan Ahli Protistologi Antrabangsa[20] (lihat Protista di bawah). Analisis molekul Zygomycota mendapati bahawa ia adalah polifiletik (ahli-ahlinya tidak berkongsi satu leluhur sepunya),[21] suatu ciri yang kurang diingini dalam biologi. Dengan itu, ada usul untuk memansuhkan Zygomycota. Ahli-ahlinya akan dibahagikan antara Glomeromycota dengan empat subfilum baharu yang bersifat incertae sedis (gaya peletakan belum pasti): Entomophthoromycotina, Kickxellomycotina, Mucoromycotina dan Zoopagomycotina.[19]

Maklumat lanjut Divisi, Takrifan ...

Protista

Alam Protista (atau Protoctista) disertakan dalam model lima/enam alam biologi tradisional, dan ditakrifkan sebagai apa-apa eukariot yang bukan tumbuhan, haiwan atau kulat.[3]:120 Protista ialah sebuah takson parafiletik,[34] dan kini kurang diterima dalam biologi. Ada beberapa usul untuk membahagikannya kepada beberapa alam baharu seperti Protozoa dan Chromista dalam sistem Cavalier-Smith.[35]

Taksonomi protista sejak sekian lama adalah tak stabil,[36] dengan pelbagai gaya pendekatan dan takrifan menyebabkan banyak pengelasan yang bercanggahan. Filum yang tersenarai di sini digunakan bagi Chromista and Protozoa oleh Catalogue of Life,[37] dan diperoleh daripada sistem Persatuan Ahli Protistologi Antarabangsa (ISP),[20] dengan kemas kini terbitan terkini (2022) Cavalier-Smith.[38] Sebilangan huraian di sini adalah berdasarkan kemas kini SIP pada 2019.[39]

Harosa Chromista
Hacrobia
Sarcomastigota Protozoa
Natozoa
Malawimonada
Maklumat lanjut Maksud, Nama lazim ...

Catalogue of Life memasukkan Rhodophyta dalam Glaucophyta dalam golongan tumbuhan,[37] tetapi sistem lain menetapkannya sebagai sebahagian Protista.[43]

Bakteria

Kini, ada 40 filum bakteria (tidak termasuk "Cyanobacteria") yang telah diterbitkan secara sah oleh Kod Bacteriologi[44]

  1. Abditibacteriota
  2. Acidobacteriota, pelbagai daripada segi fenotip, kebanyakannya tidak dikultur
  3. Actinomycetota, spesis positif Gram G+C tinggi
  4. Aquificota, bercabang dalam
  5. Armatimonadota
  6. Atribacterota
  7. Bacillota, spesis positif Gram G+C rendah seperti pembentuk spora Bacilli (aerob) dan Clostridia (anaerob)
  8. Bacteroidota
  9. Balneolota
  10. Bdellovibrionota
  11. Caldisericota, dahulunya divisi calon OP5, Caldisericum exile ialah wakil tunggal
  12. Calditrichota
  13. Campylobacterota
  14. Chlamydiota
  15. Chlorobiota, bakteria sulfur hijau
  16. Chloroflexota, bakteria tidak bersulfur hijau
  17. Chrysiogenota, hanya 3 genus (Chrysiogenes arsenatis, Desulfurispira natronophila, Desulfurispirillum alkaliphilum)
  18. Coprothermobacterota
  19. Deferribacterota
  20. Deinococcota, Deinococcus radiodurans dan Thermus aquaticus merupakan spesies "lazim diketahui" dalam filum ini
  21. Dictyoglomota
  22. Elusimicrobiota, dahulunya divisi calon Thermite Group 1
  23. Fibrobacterota
  24. Fusobacteriota
  25. Gemmatimonadota
  26. Ignavibacteriota
  27. Kiritimatiellota
  28. Lentisphaerota, dahulunya klad VadinBE97
  29. Mycoplasmatota, genus utama: Mycoplasma
  30. Myxococcota
  31. Nitrospinota
  32. Nitrospirota
  33. Planctomycetota
  34. Pseudomonadota, filum paling baik diketaui, spesies termasuk Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa
  35. Rhodothermota
  36. Spirochaetota, spesies termasuk Borrelia burgdorferi, penyebab penyakit Lyme
  37. Synergistota
  38. Thermodesulfobacteriota
  39. Thermomicrobiota
  40. Thermotogota, bercabang dalam
  41. Verrucomicrobiota

Arkea

Kini, hanya dua filum yang rasmi berdasarkan Kod Bacteriologi.[44]

  1. Nitrososphaerota
  2. Thermoproteota, filum arkea kedua paling lazim

Beberapa filum lagi telah diusulkan, tetapi belum dirasmikan, termasuk:

  1. "Euryarchaeota", filum arkea paling lazim
  2. "Korarchaeota"
  3. "Nanoarchaeota", simbiot ultrakecil, satu spesies tunggal diketahui
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads