Intan Najuwa
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datin Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi wataknya sebagai Abby di dalam drama Hantu Punya Bos dan mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial sebagai Tengku Ismahanim dan drama Setelah Ku Dimiliki sebagai Sarra. Sebelumnya beliau juga merupakan seorang blogger.
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos, bersama pelakon Shukri Yahaya.[1] Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.[2]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Intan Najuwa merupakan anak yang kedua daripada 3 orang adik-beradik perempuan kepada pasangan Abdul Wahid Ismail dan Nafizah Mohd Sahid. Kakak sulungnya bernama Intan Najiha dan adik bongsunya bernama Intan Nerina. Kedua-dua ibu bapanya merupakan pesara penjawat awam.
Pada 18 Ogos 2023, beliau sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Yang Hormat Dato’ Ahmad Azraf Azman. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.[3]
Pasangan ini dinikahkan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) iaitu Dato’ Dr. Nooh Gadut.[4]
Remove ads
Filemografi
Drama
Telefilem
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads