Shukri Yahaya
Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohd Shukri Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau telah membintangi sejumlah drama bersiri yang popular antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Kerana Dia Manusia Biasa (2019), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Rindu Awak Separuh Nyawa (2021), Andai Itu Takdirnya (2023) dan Surat Dari Tuhan, Layang Layang Perkahwinan (2024) dan Kuih Muah (2024) dan Hai Cinta, Dengarkanlah (2024) dan Curang Tanpa Niat (2024), BRU (2025) dan Rumah Tanpa Luka (2025).[1] Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah menerusi lakonannya dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir dan Split TV Series.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1988 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Beliau memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[2]
Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau memulakan kerjaya awalnya dalam sektor korporat dengan memiliki dua pengalaman bekerja iaitu sebagai kerani bank dan membuat kerja audit. Beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di Bahagian Sumber Manusia Bank Mualamat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur. Semasa tempoh beliau di Bank Muamalat, beliau mengendalikan program dalaman institusi itu selain membantu pasukan kerja.[3]
Selain itu, beliau pernah membuat kerja audit di syarikat kedai serbaneka 7-Eleven, Watsons dan Maxis. Beliau bersama rakan sekerja sering dibawa menaiki bas untuk menjalankan audit di premis cawangan.[3]
Remove ads
Kerjaya
Pada tahun 2011, Shukri memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali dan kemudiannya beliau muncul dalam drama siri popular Juvana.
Pada tahun 2013, beliau muncul dalam filem Ular arahan Jason Chong lakonan Yusry KRU dan Lisa Surihani, kemudiannya beliau dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi kategori "Pelakon Harapan Lelaki Terbaik", tetapi dimenangi oleh Zul Ariffin. Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah Skrin ke-17 bagi kategori "Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)" menerusi telefilem Perempuan Itu Ibuku, beliau bagaimanapun tewas kepada Hasnul Rahmat.
Pada tahun 2015, Shukri berlakon dalam drama siri romantik Dia Isteri Luar Biasa bersama Fathia Latiff dan Cik Cinderella dan Encik Tengku bersama Zahirah MacWilson.
Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam drama siri romantik komedi Suami Tanpa Cinta bersama Janna Nick dan drama siri popular 7 Hari Mencintaiku bersama Siti Saleha yang merekodkan rating tontonan drama tertinggi di Malaysia iaitu berjumlah 12 juta penonton selain memenangi "Drama Pilihan" serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4 di mana Shukri juga berjaya memenangi "Aktor Pilihan" dan "Pasangan Pilihan" bersama Siti Saleha.
Pada tahun 2017, Shukri berlakon dalam drama siri popular Andainya Takdir bersama Nina Iskandar.[4] Drama siri ini menjadi sebuah drama yang menjadi sohor kini di media sosial dan mencatatkan rating berjumlah 10 juta penonton. Meneruskan kesinambungan pada tahun berikutnya menerusi Andainya Takdir 2 dan berjaya meraih rating terkumpul berjumlah 12 juta penonton. Menerusi drama siri popular ini, Shukri berjaya memenangi "Antagonis Pilihan" di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5 dan "Pelakon Watak Antagonis Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32.
Pada tahun 2018, buat pertama kalinya beliau muncul sebagai watak utama dalam filem menerusi Surf This Love: Gelora Juara dan turut membintangi beberapa drama bersiri antaranya Tiada Arah Jodoh Kita, Vila Ghazara dan Split TV Series. Menerusi Split TV Series, Shukri berjaya memenangi "Pelakon Lelaki Terbaik" di Anugerah Telenovela.
Pada tahun 2019, Shukri membintangi beberapa drama bersiri antaranya Asalkan Dia Bahagia, 30 Pesanan Suara, Kerana Dia Manusia Biasa dan Pesan Pada Hati.
Pada tahun 2020, beliau membintangi drama bersiri Di Hujung Ranting bersama Nad Zainal yang ditayangkan di TV2 dan memegang watak sebagai Amar. Beliau kembali menjayakan watak sebagai Khuzairi dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 12 juta penonton sepanjang 33 episod dan menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.[5]
Pada tahun 2021, Shukri membintangi drama bersiri Kelmarin Cinta bersama Reen Rahim yang ditayangkan di TV Okey dan memegang dua watak iaitu sebagai Azhar dan Azman. Beliau kemudiannya menjayakan watak sebagai Nazril Nazim[6][7] dalam drama siri popular Rindu Awak Separuh Nyawa di slot MegaDrama Astro Ria bersama Uqasha Senrose yang berjaya mencetuskan fenomena dan mengungguli carta drama Melayu untuk tahun 2021.[8] Beliau juga membuat penampilan khas dalam drama siri I Promise Janji Anaqi[9] lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong dengan memegang watak sebagai pembunuh upahan bernama Zero.
Pada tahun 2022, beliau kembali bergandingan dengan Janna Nick dalam drama siri romantik komedi Shakira[10] dan kemudiannya kembali menjayakan watak sebagai Khuzairi dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 3[11] bersama Siti Saleha. Kedua-dua drama bersiri ini ditayangkan di slot Akasia TV3. Pada tahun yang sama, Shukri mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu untuk siaran Astro Ria, lakonan beliau bersama Emma Maembong.
Pada tahun 2023, Shukri membintangi drama siri jenayah "thriller" Stella on Stage bersama Hannah Delisha yang ditayangkan di platform digital Sooka. Beliau kemudiannya kembali bergandingan dengan Hannah Delisha dalam drama siri popular Andai Itu Takdirnya di slot MegaDrama Astro Ria yang berjaya mencetuskan fenomena. Beliau juga membintangi drama siri popular Surat Dari Tuhan bersama Janna Nick dan Ummi Nazeera di slot Samarinda TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 10 juta penonton sepanjang 30 episod dan mengungguli carta drama Melayu untuk tahun 2023.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Shukri berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah "Tya" Adnan pada 20 November 2015[12] dan menimang cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.[13]
Beliau dikurniakan cahaya mata kedua, Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.[14][15]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Remove ads
Videografi
Video muzik
Diskografi
Lagu tema (OST)
Duta Jenama
- Toyota Vios
- Toyota Gazoo Racing Malaysia
- Bulan Bintang
- VANZO
- Nivea
- Nescafé
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads