Sufian Suhaimi
Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sufian bin Haji Suhaimi (lahir 3 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu", yang mana kedua-duanya turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan ke-33 yang berlangsung masing-masing pada 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya Sirkhan dan Rinkarnaen.[1][2]
Remove ads
Kehidupan awal
Sufian dilahirkan di Mersing, Johor.[3][4] Bakatnya dalam bidang muzik bermula sejak berusia belasan tahun dan mula memetik gitar semasa sekolah menengah.[3] Beliau juga banyak menyertai pertandingan nasyid disekolahnya.Semasa menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dan menyertai satu kumpulan muzik, De’ Mahameru.[3] Sufian merupakan guru Bahasa Inggeris dan Matematik di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya dan menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa.[5]
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari UniSZA dan Ijazah Sarjana dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[6][7]
Remove ads
Kerjaya
2016: "Terakhir" dan kejayaan
"Terakhir" telah dicipta oleh Sirkhan pada 2012.[2] Sufian, Sirkhan dan Rinkarnaen mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan lagu ini. Asas dari lagu tersebut ialah peralatan rakaman yang dibelinya dengan wang simpanannya dan kemudian dimuat naik ke SoundCloud oleh Sufian.[8] Seorang peminat memuat naik lagu itu di YouTube dan ia mula menarik perhatian peminat. Beberapa syarikat rakaman muzik ingin melamar Sufian sebagai artis rakaman, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana menyifatkan konfliknya kerana pertaliannya dengan muzik rock.[8] Hasil perbincangan bersama Sirkhan membawa kepada keputusanya untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman, Sufian menyertai Aries Music pada awal 2016.[2] "Terakhir" telah dirakamkan semula dan dikeluarkan di iTunes pada Mac 2016. Single ini menjadi kejayaan komersial seluruh negara dan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu.[2] Single keduanya, "Harus Aku" dikeluarkan pada Oktober 2016.[9]
2017–2018: "Terasa Ada", "Di Matamu" dan pasaran Indonesia
Pada Ogos 2017, single ketiganya, "Terasa Ada" telah dikeluarkan dan diilhamkan oleh hubungan berprofil tinggi Sufian bersama pelakon, Elfira Loy.[10]
Susulan perpisahannya dengan Elfira Loy, Sufian melancarkan "Di Matamu" sebagai single keempatnya pada Mac 2018.[11][12] Single ini meraih kejayaan komersial, memperolehi lebih daripada 20 juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua bulan.[11] "Di Matamu" menduduki kedudukan teratas di Carta Domestik & Anatarabangsa RIM selama seminggu dan menjadi lagu yang paling distrim selama 11 minggu.[13] Pada Januari 2019, muzik video rasmi untuk "Di Matamu" menjadi muzik video paling ditonton di YouTube selepas meraih lebih daripada 50 juta tontonan.[14]
Susulan kejayaan "Di Matamu", Sufian merakamkan semula lagu itu bersama kumpulan Indonesia, Shima untuk pasaran Indonesia. Lagu ini telah dirakamkan semula dengan gubahan baru dan diberi tajuk "Di Matamu 2.0".[15] Muzik video untuk lagu itu telah difilemkan di Indonesia dan dikeluarkan pada 23 November 2018.[15]
Dalam tinjauan muzik tahunannya, Spotify menyenaraikan Sufian di tempat kedua dalam senarai artis Malaysia paling distrim sepanjang 2018.[16]
2019–kini: "Mencuba", buku puisi dan Konsert TRIO
Pada April 2019, Sufian melancarkan single, "Mencuba". Muzik videonya telah meraih 1 juta tontonan di YouTube dalam masa 3 hari dan menjadi sohor kini di tempat kedua.[17] Sufian juga mengumumkan perancangannya untuk terbitkan sebuah buku puisi yang ditulis semasa menuntut UniSZA, menjelang akhir tahun. Buku itu akan diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).[18]
Beliau bersama Amira Othman menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan.[19] Sufian juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membuat penampilan sulungnya menerusi drama Aku Tak Raya yang disiarkan di TV3, yang mana beliau memegang watak sebagai Mazlan.[20] Ini kemudian diikuti oleh telefilem pertama lakonannya, Bayang dengan memegang watak sebagai Pyan.[14][21]
Sufian, bersama Khai Bahar dan Wany Hasrita, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019.[22] Beliau kemudian single terbaharu, "Janji" hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Salleh. Ia dikeluarkan pada Februari 2020 sebagai singlenya yang ketujuh.[23]
Pada April 2020, Sufian melancarkan single terbaharu, "Inikah Dikatakan Cinta" yang dipilih sebagai lagu tema drama Di Hujung Ranting.[24]
Singlenya, "Cinta Tak Bertepi" dilancarkan pada Ogos 2021 dengan muzik video rasmi diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[25]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada Oktober 2017, Sufian mengumumkan pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan muda dan pelakon, Elfira Loy. Pasangan itu dijangka akan bernikah pada 23 Mac 2018. Bagaimanapun, pasangan itu memutuskan pertunangan pada 17 Februari 2018.[26][27]
Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Faeq Razeeq.[28] Sufian dipetik oleh Kosmo! sebagai berkata: "Saya boleh rasakan ini adalah waktu yang tepat untuk mengambil seorang anak angkat".[29]
Pada tahun 2023, Sufian sekali lagi menjalinkan hubungan cinta. Kali ini dengan seorang model dan peguam, yang dikenali sebagai Rania Al-Sadat. Pada akhir tahun 2023, keluarga[30] sufian suhaimi telah menghantar cincin merisik ke kediaman keluarga Rania. Kedua-dua buah keluarga bersetuju untuk menyatukan dua pasangan ini. Namun demikian, pada bulan ramadan 2024, hasrat sufian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila ikatan cintanya sekali lagi terlerai setelah Rania memulangkan cincin merisik.
Diskografi
Single
Sebagai artis utama
Sebagai artis jemputan
Remove ads
Konsert dan jelajah
- 2019: Konsert TRIO 2019 (bersama Khai Bahar dan Wany Hasrita), Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor[22]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads