Ishak Lotfi Omar

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dato' Bentara Jasa Dato' Haji Ishak Lotfi bin Omar (1917 13 Mei 1992) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kelantan. Beliau merupakan Menteri Besar Kelantan yang pertama yang dipilih melalui pilihan raya pada 1959.

Fakta Segera Menteri Besar Kelantan, Didahului oleh ...
Remove ads

Latar belakang

Haji Ishak Lotfi dilahirkan pada 1917 di Kampung Masjid, Kota Bharu. Beliau merupakan anak saudara kepada Mohd Asri Haji Muda dan berpangkat cicit kepada bekas Menteri Besar Kelantan 1890-1894, Dato' Maha Menteri Che Saad Che Ngah.

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Majlis (Madrasah Muhammadiyah) dan Sekolah Melayu Jalan Post Office Lama, selain belajar di Masjid Muhammadi, sebelum ke Mekah pada 1927 selama 10 tahun. Pada 1937, beliau pulang ke Kelantan dan menubuhkan Matba’ah al-Maarif sebelum menerbitkan majalah ar-Riwayah pada 1938. Beliau yang menjadi pegawai MAIK telah terlibat aktif dalam pergerakan politik di Kelantan sejak 1937 melalui Setiawan Belia dan Dewan Bahasa Melayu, selain turut terlibat dengan Pemuda Asuhan Bekerjasama (PAB) dan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada zaman Jepun, beliau menyertai Barisan Pemuda Sukarela Kelantan (BPSK), kemudian menjadi Setiausaha Agung Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan (PPMK) sejak 1945 yang terlibat mengasaskan UMNO pada 1946 dan akhirnya beliau menyertai PAS pada 1952.

Remove ads

Menteri Besar Kelantan

Ishak Lotfi dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memenangi 28 dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959. Beliau berkhidmat selama sepenggal sehingga 1964. Berikut merupakan anggota kerajaan yang dilantik:

Maklumat lanjut Jawatan, Penyandang ...
Remove ads

Konflik dalam parti

Haji Ishak Lotfi sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, bersama-sama Anggota Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan telah meletak jawatan pada 1978 selepas PAS kalah teruk kepada Barisan Nasional dalam Pilihan raya negeri Kelantan 1978. Kepimpinan utama PAS telah menubuhkan Jemaah Pesuruhjaya PAS Kelantan sebagao badan pengurus sementara diketuai oleh Haji Mohd Amin Yaakub. Jemaah Pesuruhjaya PAS ini telah dibubarkan pada 1981 bagi membolehkan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan yang baharu.

Dipecat PAS, menyertai HAMIM

Haji Ishak Lotfi yang menjadi sebahagian daripada Kumpulan 13 ahli PAS yang telah dikenakan tindakan disiplin daripada parti. Beliau bersama-sama Dato’ Haji Nik Man Nik Mohamed telah dipecat pada 23 Januari 1983.[1] Beliau bersama-sama Mohd Asri Muda telah mengasaskan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat[2].

Meninggal dunia

Ishak Lotfi meninggal dunia pada 13 Mei 1992 di Kampung Kubang Pasu, Kota Bharu[3].

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads