Ishsam Shahruddin
Pemain bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ishsam Shahruddin (31 Ogos 1966 – 22 Februari 2025) merupakan seorang ahli politik, pemain bola sepak, ahli perniagaan dan kontraktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi Ayer Kuning dari November 2022 sehingga kematiannya ketika masih memegang jawatan pada Februari 2025. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau juga merupakan Ketua Bahagian BN dan UMNO bagi Tapah, jawatan yang dipegangnya sejak 2018 sehingga pemergiannya secara mengejut ketika masih dalam perkhidmatan.[1] Beliau merupakan ADUN Ayer Kuning yang berkhidmat untuk tempoh paling singkat, iaitu selama sedikit lebih daripada dua tahun tiga bulan.
Remove ads
Kerjaya pasukan
Sepanjang kebanyakan kerjayanya dalam bola sepak, Ishsam bermain bersama Perak FA, kecuali untuk satu musim bersama Negeri Sembilan FA. Bersama Perak, Ishsam memenangi Piala FA Malaysia yang pertama pada tahun 1990.
Selepas bersara daripada bola sepak, Ishsam menjadi seorang ahli politik, ahli perniagaan dan kontraktor.[2] Ishsam kemudiannya kembali ke Perak FA sebagai Naib Presiden dan Penolong Pengurus Pasukan.[3] Ishsam juga merupakan Pengurus Pasukan Bawah 23 Tahun Perak FA untuk Piala Presiden Malaysia.[4]
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
Ishsam pernah bermain untuk Malaysia pada tahun 1987.
Kematian
Pada 22 Februari 2025, Ishsam rebah dan tidak sedarkan diri pada pukul 5.20 petang di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang. Ketika itu, beliau sedang berehat selepas menyertai perlawanan persahabatan empat penjuru Piala Bola Sepak Ketua Menteri Pulau Pinang menentang Kedah Darul Aman F.C. selama 25 minit serta berjabat tangan dan menyapa pemain-pemain lain di tepi padang. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia sedikit selepas sejam kemudian pada pukul 6.28 petang. Jenazah beliau kemudiannya dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP selepas proses bedah siasat, lalu dibawa ke kediamannya di Desa Seri Ampang, Ipoh, Perak untuk dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, Perak pada pukul 10 pagi keesokan harinya, 23 Februari 2025. Punca kematian beliau disahkan sebagai sindrom koronari akut. Susulan kematiannya, pilihan raya kecil Ayer Kuning telah diadakan pada 26 April 2025 bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning yang baharu sebagai penggantinya. Mohamad Yusri Bakir, Setiausaha Bahagian BN dan UMNO Tapah, memenangi kerusi tersebut selepas menewaskan Abdul Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) dan Bawani Kaniapan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan majoriti sebanyak 5,006 undi.[5]
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads