Iskandar Chempaka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Iskandar Chempaka ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Azri Izhar terbitan Global Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Muaz Zabir dan Harissa Adlynn. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary, TV3 dari 7 Mac hingga 20 April 2024, menggantikan Boleh Saya Bantu?.[1]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang Iskandar yang menjadi pujaan ramai, terpesona dengan gadis jirannya yang bernama Chempaka dan berusaha untuk memikat hatinya. Walaupun Chempaka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Iskandar, namun dia mengalami 'inferiority complex' yang menghalangnya untuk mengakuinya.
Namun, kisah cinta mereka tetap berakhir dengan perkahwinan. Keindahan hubungan Chempaka dan Iskandar berubah apabila Chempaka mendapati bahawa Iskandar sebenarnya adalah seorang 'anak emak'. Kehidupan pasangan ini selepas perkahwinan diatur oleh Naema, ibu kepada Iskandar.
Chempaka terkejut dengan sikap Iskandar yang mengikut telunjuk ibunya dalam setiap hal. Naema juga bersaing dengan Chempaka dalam segala perkara, ingin membuktikan bahawa dirinya lebih bagus.
Ketika Iskandar mengutarakan hasrat untuk berpindah rumah, Naema meluahkan rasa tidak puas hati dan menghalang perpindahan tersebut.
Remove ads
Pelakon
Pelakon Utama
- Muaz Zabir sebagai Iskandar
- Harissa Adlynn sebagai Chempaka
Pelakon Pembantu
- Nabil Aqil sebagai Nidhil
- Chacha Maembong sebagai Dareena (Ucu)
- Alvin Chong sebagai Lex
- Raja Azura sebagai Naemah
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
- Steve Yap sebagai Hilman
- Lisdawati sebagai Sofia
- Shania Hendrik sebagai Zara
Agensi Pelakon Tambahan
- Jay Mazin Talent Agency
Runut Bunyi
- "Selama Berdua" - Firdaus Rahmat
- "Bagai Cahaya" - Syafeek ft. Zazo
- "Hey Honey" - Maria
- "Sayang Kau Tercipta" - Aziz Harun
Pautan luar
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads