Alvin Chong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Alvin Chong Chean Wah (ALVN) (Bahasa Cina: 钟瑾桦; pinyin: Zhōng Jǐnhuà; lahir 23 Januari 1991) merupakan seorang penyanyi, model fesyen dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ). Alvin kini merupakan seorang penyanyi yang bernaung di bawah syarikat 360 milik Universal Music Malaysia.[3][4]
Remove ads
Kehidupan Awal
Alvin dilahirkan dan dibesarkan di George Town, Pulau Pinang. Beliau berketurunan Cina dan beragama Kristian.[5] Beliau fasih berbahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris. Biarpun dibesarkan dengan Bahasa Mandarin dan Hokkien sebagai bahasa ibunda, Alvin fasih berbahasa Melayu. Namun, untuk menyertai industri hiburan tempatan dengan lebih persediaan, beliau mula memahirkan diri dengan Bahasa Melayu dan Inggeris setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2009.[6] Dalam satu temubual, Alvin turut mengakui persahabatannya dengan pelakon Fattah Amin banyak membantunya menguasai loghat Bahasa Melayu yang bersesuaian untuk kerjaya lakonannya atas bantuan dan dorongan teman rapatnya itu.
Remove ads
Kerjaya
Chong memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2012 selepas mengambil bahagian dalam program realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ) dan mempunyai 10 buah lagu yang ditulis dalam bahasa Mandarin. Beliau melangkah ke layar lebar menerusi filem 3 Brothers yang ditayangkan pada tahun 2014, memegang watak sebagai Ah Por.[7]
Beliau seterusnya muncul dalam drama Dia Semanis Honey yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar, ia merupakan drama Melayu pertama lakonannya. Chong paling dikenali melalui gandingannya bersama Erma Fatima dalam drama Mak Cun, memegang watak sebagai Thomas Loh.[8] Pada tahun yang sama iaitu 11 Disember 2017, Mengikut sebuah artikel FaceBook "ROTIKAYA" nyatanya "Bertentang mata nampak Alvin Chong & Elizabeth Tan 😘" Gambar menunjuk bahawa beliau pernah bertemu dengan Elizabeth Tan. Seperti dirinya ia juga dikenali sebagai salah seorang pelakon dan penyanyi kaum cina yang terkenal dalam industri hiburan cina dan merupakan legenda yang telah mencipta nama dalam industri hiburan melayu dengan karya-karya yang menarik perhatian sama ada kerjaya lakonan mahupun kerjaya nyanyian. Walaupun pengiktirafan mereka berdua tidaklah setinggi mana ketika itu. Sehinggalah sekarang buktikan mereka sudah tidak tergantikan di kalangan hati orang cina dalam industri hiburan melayu. Chong merakamkan single bahasa Inggeris pertamanya bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon menerusi lagu bertajuk "We Got This".[9]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Diskografi
Single
Albums
Single Duet
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads