Jaffar Hussein

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Allahyarham Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (11 Jun 1931 – 11 Ogos 1998) ialah Gabenor Bank Negara Malaysia keempat dari Jun 1985 hingga Mei 1994. Beliau merupakan lulusan perakaunan dan pernah bekerja di Malayan Banking Berhad. Pada 1 April 1994 beliau meletak jawatan dan diganti oleh Ahmad Mohamed Don yang juga dari Malayan Banking.

Fakta Segera Gabenor Bank Negara Malaysia, Didahului oleh ...
Remove ads

Gabenor Bank Negara

Tan Sri Jaffar Hussein menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-4. Sebelum beliau ialah Gabenor Tun Ismail Mohamed Ali (1962-1980) ; Tan Sri Dato' Abdul Aziz Taha (1980-1986) ; Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein (1986-1994) ; Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don (1995-1998) ; Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman (1999) ; Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000- 2016).

Tanda tangan beliau terdapat dalam mata wang ringgit Malaysia RM10.00 yang dicetak oleh syarikat Thomas De La Rue.

Remove ads

Selepas bersara

Selepas bersara Jaffar Hussein tidak pun didakwa dan disiasat. Malahan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PNB.

Meninggal dunia

Jaffar Hussein meninggal dunia pada 11 Ogos 1998 kerana barah pada usia 67 tahun. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di 27, Jalan Batai, Bukit Damansara dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.[1]

Keluarga

Jaffar Hussein meninggalkan isteri, Puan Sri Rohila Abdul Rahman, anak perempuan Rossana, 33, dua anak lelaki, Roshan, 31, dan Roslan, 23, serta tiga orang cucu.[2]

Anugerah

Lihat juga

Gabenor Bank Negara Malaysia

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads