Zeti Akhtar Aziz

bekas gabenor Bank Negara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Zeti Akhtar Aziz
Remove ads

Tan Sri Datin Paduka Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid ibni Temenggong Tun Daeng Ibrahim I (lahir 27 Ogos 1947) merupakan anak kepada Almarhum Profesor Diraja Dr. Haji Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan Allahyarhamah Sharifah Azah Syed Mohammad Alsagoff, ialah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Fakta Segera Pengerusi Permodalan Nasional Berhad ke-4, Didahului oleh ...

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor[1][2] dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.[3][4]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.[5]

Remove ads

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Alif dan Aziz Ayman. Bapa beliau ialah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid manakala ibu beliau ialah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff.

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).[6]

Remove ads

Darjah Kebesaran

Kehormatan Malaysia

Kehormatan Antarabangsa

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads