Jalan penghubung Sabah-Sarawak

Jalan raya penghubung berbagai kawasan dalam Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Jalan penghubung Sabah-Sarawak adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan kedua-dua Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah di Malaysia Timur, tanpa melalui Negara Brunei. Jalan penghubung tersebut memiliki penomboran jalan sebagai penanda iaitu nombor LP 1 (1 (Sarawak)) di Sarawak dan LP 1 (1 (Sabah)) di Sabah, lalu ia juga sebahagian dari rangkaian lebuhraya asia AH150 dan Projek tersebut adalah projek kerajaan Malaysia.

Fakta Segera Jalan penghubung Sabah-SarawakSabah-Sarawak link roadJalai penyambung Sabah-SarawakDalan romut Sabah-Sarawak جالن ڤڽامڤاين سابه-سراوق, Maklumat laluan ...
Remove ads

Sejarah

Perihal

Jalan penghubung Sabah-Sarawak ialah sebuah projek kerajaan Malaysia ([Note 5]), dibina dengan objektif iaitu menghubungkan pekan Limbang ([Note 6]), yang hingga kini masih tidak tersambung secara langsung dengan jalan raya di kawasan lainnya terutamanya Bandar Miri, Pekan Lawas dan kawasan sekitar dalam Negara Malaysia ([Note 7]), serta didasari dengan kesukaran kepada rakyat Malaysia di Limbang, Miri dan Lawas ([Note 8]) yang perlu menempuh jalan yang jauh [3], seperti contoh pada masa Pandemik COVID-19, yang dimana pihak Brunei menutup kesemua sempadan daratnya dengan Malaysia, yang secara langsung menutup akses secara langsung antara ketiga-tiga kawasan tersebut.

Penutupan sempadan darat Brunei-Malaysia telah mengakibatkan kawasan utara Wilayah Sarawak terputus hubungan dari Kuching, dari itu menyebabkan kesukaran terutama apabila bekalan penting untuk kawasan utara Sarawak terpaksa dihantar melalui Wilayah Sabah dan masa tersebut ada memberi pengajaran yang berharga kepada pihak Malaysia [4].

Maka pihak kerajaan telahpun memutuskan untuk membangun jalan penghubung Sabah-Sarawak untuk memudahkan akses antara Miri-Limbang dan juga Limbang-Lawas di Sarawak hingga Long Pasia di Sabah, tanpa perlu melalui negara Brunei, yang dimasa itu Negara tersebut juga membina Jambatan Temburong yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dan District Temburong secara langsung, tanpa perlu melalui Limbang di Malaysia, ia juga menghubungkan dengan kawasan pedalaman Sarawak dan juga kawasan barat Sabah, dengan secara detailnya ialah 14 kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak [5].

hal ini juga disokong oleh pernyataan dari pihak Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, iaitu SSLR bertujuan untuk menyediakan rangkaian lebuh raya yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei. Ia telah diluluskan secara berfasa oleh kerajaan persekutuan pada 2021 dan dijangka siap menjelang suku ketiga 2026. lalu beliau juga berkata

Selain itu, apabila siap, projek ini akan memperluaskan rangkaian jalan persekutuan ke kawasan pedalaman, membolehkan wilayah-wilayah ini mempunyai akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan perkhidmatan awam lain, sekali gus menjana pertumbuhan sosioekonomi yang lebih baik

[1].

Lalu dari pihak Adun Ba'kelalan, Baru Bian, ada memberi pernyataan iaitu, Jalan penghubung Sabah-Sarawak, perlu dipantau dan diaudit secara tegas, Untuk memastikan wujudnya keselamatan bagi para pengguna jalan tersebut [6].

Garis Masa

Pembinaan jalan penghubungan Sabah-Sarawak berdasarkan hasil kajian yang dilaksanakan pada tahun 2007 [7].

pada 30 Oktober 2021, kerja pembinaan Jalan penghubung Sabah-Sarawak telah dimulakan [8].

Remove ads

Bandar yang terhubung

Thumb
Bandar Miri
Bandar Miri
Pekan Limbang
Pekan Limbang
Nanga Medamit
Nanga Medamit
Pekan Lawas
Pekan Lawas
Long Pasia
Long Pasia
lokasi Bandar, Nanga, Long dan Pekan yang terhubung oleh Jalan penghubung Sabah-Sarawak di Malaysia Malaysia.
Maklumat lanjut Wilayah, Bahagian ...
Remove ads

Perkembangan Kemajuan

Garis masa Fasa 1: Lawas-Long Sukang-Long Lopeng-KG. Pa Berunut

Fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak dimulakan pada 9 Ogos 2021 [9].

Setakat tahun 2023, fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak, dengan panjang 75-76 Kilometer (bahagian Lawas-Long Lopeng), menghubungkan Pekan Lawas, Long Sukang, Long Lopeng dan KG. Pa Berunut, sudahpun mencapai 13.63 peratus, pada April 2023 [10].

Lalu juga setakat tahun 2023, perkembangan fasa 1 SSLR sudah mencapai 18.73 peratus [11].

Setakat tahun 2024, fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak, dengan panjang 75-76 Kilometer (bahagian Lawas-Long Lopeng), menghubungkan Pekan Lawas, Long Sukang, Long Lopeng dan KG. Pa Berunut, sudahpun mencapai 35 peratus [1], dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2026 [12], dari peratus tersebut sebanyak 5 peratus telahpun tercapai secara lebih cepat dari target yang ditetapkan ([Note 9]) [13], dengan peruntukan dari pihak Kerajaan Persekutuan sebesar RM 1 bilion [14].

Pada September 2024, progress fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak sudahpun mencapai 38 peratus [15], lalu pada Oktober 2024, progress fasa 1 jalan penghubung Sabah-Sarawak sudahpun mencapai 40 peratus [16].

Adun Ba’kelalan, Baru Bian berkata, cabaran geoteknik termasuk bentuk muka bumi yang tidak menentu dan pergerakan tanah menyumbang kepada kelewatan itu, lalu Setakat Mac 2025 baru 45 peratus Fasa 1 SSLR telahpun selesai dibina [17].

Setakat April 2025, kemajuan Fizikal Fasa 1 SSLR sudahpun mencapai, 52.27 peratus [18], dengan dijangka akan selesai pada suku ke4 tahun 2026 [19].

Garis masa Fasa 2: Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Komap, Rh Aling-Long Meranap

Fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak pada tahun 2022, dijangkakan oleh Perdana Menteri sebelum iaitu ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri, yang ia akan dimulakan pada tahun 2023 [20].

laluan rancangan asal pada fasa 2 iaitu: KG. Pa Berunut-Long Adang-Long Seridan-Long Kevok-Long Bedian-Long Lama, lalu selepas diubah suai ia menjadi: Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Komap, Rh Aling-Long Meranap.

Fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak pada tahun 2023, dalam proses pengurusan dan penilaian harga, selepas proses itu selesai Projek itu akan dibawa untuk tender [21].

Setakat tahun 2023, Fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak akan dimulakan pada Suku ke-4 tahun 2023 [10].

Pada Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia terkini iaitu ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa penghujung tahun tersebut, sudah bermula melakukan kerja pembinaan fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak, dengan kos hampir RM 7.4 bilion, serta memiliki panjang 320 Kilometer [22].

selain adanya peruntukan tersebut, Fasa 2 dan juga Fasa 3 ada Dinilai dalam pengurusan dan harga [23].

setakat tahun 2024, kos secara rasmi yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan, untuk fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak ialah RM 7.2 bilion, dengan anggaran masa yang dijangka iaitu dari 3 tahun hingga 5 tahun untuk selesai bina secara fizikal [24].

Peruntukan sebanyak RM7.2 bilion tersebut juga sebagai penghubung Sarawak utara, ada menglibatkan pembinaan ([Note 10]) dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 322km, projek fasa 2 tersebut akan menghubungkan bandar Lawas, Limbang dan Pekan Mulu ([Note 11]) tanpa melalui Brunei ([Note 12]) [4].

Pihak yang mecadangkan rangkaan dan membina fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak, ialah Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd (MAUJV), dengan kira panjang 335 kilometer, telahpun dibina ditanah tinggi dikawasan Limbang dan Lawas [25].

sejak mula dilakukan pembinaan pada tahun 2023, ia dijangka akan selesai pada tahun 2028, dengan panjang 326 Km [2].

Pada projek pembinaan pakej 4B (Bukit Pagon - Long Luping), telah diberikan pada anak syarikat Sunmow Construction Sdn Bhd, dengan nilai RM 1.02 Bilion [26], projek fasa 2 itu diurus dengan usaha sama antara anak syarikat milik penuh Sunmow Holdings Bhd (Sunmow), iaitu Sunmow Construction Sdn Bhd (SCSB) dan Kemena Holding Sdn Bhd (Kemena) [27].

Lalu pada projek pembinaan pakej 4A (RH Aling - Bukit Pagon), telah diperolehi Anak syarikat milik penuh Pansar Bhd Perbena Emas Sdn Bhd sebagai bahagian fasa 2 SSLR, yang bernilai RM 777.11 juta [28].

Setakat November 2024 fasa 2 jalan penghubung Sabah-Sarawak sudahpun berada diperingkat pengambilan balik tanah oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak [29].

Setakat April 2025, progress Fasa 2 SSLR ialah 0.93 peratus, dengan jangkaan selesai dibina pada suku ke3 tahun 2029 [30].

Garis masa Fasa Jalan Memacu

Dalam rancangan pembinaan fasa Jalan Memacu/Spur Road pada laluan penghubung Sabah-Sarawak ([Note 13]), ia memiliki beberapa seksyen iaitu, Miri-Long Lama&Long Bedian, KG. Pa Berunut - Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Semado, Long Semado-Long Pasia&Ba'kelalan dan Ba'kelalan-Bario.

Remove ads

Nota

  1. 75-76 km: pada seksyen Lawas-Long Lopeng.
  2. panjang sebagai versi asal iaitu: 160 km
  3. rencana asal
  4. dibagi menjadi 4 bahagian iaitu:
    45 km: pada seksyen Mulu-Long Seridan,
    92 km: pada seksyen Long Seridan-Nanga Medamit,
    98 km: pada seksyen Long Lopeng-Long Komap dan
    91 km: pada seksyen Rh Aling-Long Meranap.
  5. juga dikenali sebagai Sabah-Sarawak link road ataupun (SSLR) dalam Bahasa Inggeris, Jalai penyambung Sabah-Sarawak dalam Bahasa Dayak Iban dan Dalan romut Sabah-Sarawak dalam Bahasa Kadazan-Dusun.
  6. dengan kawasan spesifik iaitu utara wilayah Sarawak:Miri, Limbang dan Lawas dan barat wilayah Sabah: Long Pasia.
  7. walaupun Bahagian Limbang di Sarawak justeru terhubung dengan bahagian Miri juga di Sarawak dan bahagian Pedalaman di Sabah, serta kedua-dua Bahagian Miri dan Limbang tersebut memisahkan Negara Brunei menjadi 2 secara geografi
  8. Borneo Malaysia
  9. 30 peratus ataupun 30.32 peratus
  10. jalan baharu
  11. selain 3 kawasan, ia juga menghubungkan Mulu-Long Seridan-Nanga Medamit, Long Lopeng-Long Komap dan Rh Aling-Long Meranap
  12. sebagai penyambung secara langsung kepada 3 kawasan dan sekitar di utara Sarawak
  13. dikaji sejak tahun 2007
Remove ads

Lihat Juga

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads