AH150
Sistem penomboran jalan utama di negara-negara Asia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lebuh Raya Asia 150 (bahasa Inggeris: Asian Highway 150; AH150) ialah sejenis lebuh raya di bawah Rangkaian Lebuh Raya Asia yang terdapat di Brunei dan Malaysia. Ia terdiri daripada Lebuhraya Pan Borneo yang terdiri dari
LP 1 Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Sarawak),
LP 1 Laluan Persekutuan Malaysia 1 (Sabah),
LP 22 Laluan Persekutuan Malaysia 22,
LP 13 Laluan Persekutuan Malaysia 13 (Sabah) dan Lebuhraya Pan Borneo Brunei.
Remove ads
Lebuhraya Pan Borneo


Lebuhraya Pan Borneo, juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo, (Laluan Persekutuan LP 1 di Sarawak dan
LP 1 di Sabah, Laluan Kebangsaan 1 di Brunei)
AH150 adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari Kuching ke Kota Kinabalu.[1] Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.[2]
Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 2,239 km . Setakat tahun 2002, lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian Tenom - Sipitang pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Di bawah Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo juga, pembinaan jalan empat lorong dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan termasuk lorong memotong di setiap satu kilometer untuk menangani kawasan kerap kemalangan dan pemendekan jalan.[3] Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, sejumlah RM500 juta diluluskan oleh kerajaan untuk tujuan bagi menangani kawasan berisiko selain menaik taraf serta menyelenggara jalan rosak. Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo ini kelak, jaringan jalan ini tidak akan dikenakan sebarang Tol kerana ianya merupakan jalan utama menghubungkan ke bahagian-bahagian lain di Sarawak.
Projek pembukaan dan perasmian nya akan bermula pada 31 Mac 2015 ini akan memulakan fasa 1 pembinaan bermula di Nyabu Simpang Bakun 51 km dari Bandar Bintulu dan Miri seterusnya akan ke fasa 2, 3 dan akan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022.
LPB Sabah
UEM, MMC dan Warisan Tarang Construction Sdn Bhd menjadi rakan penyampaian projek dan kontraktor utama untuk projek ini -menubuhkan UEM-MMC JV Sdn Bhd-, menghubungkan Sindumin dan Tawau. Ia juga menghubungkan bandar-bandar besar lain seperti Keningau, Kota Kinabalu dan Sandakan, sama seperti pekan-pekan dan bandar-bandar berdekatan termasuk Beaufort, Penampang dan Ranau. Pada tahun 2019, MMC menyatakan bahawa gabungan itu bersetuju dengan kerajaan Warisan-PH untuk menamatkan tugas sebagai PDP dan menyerahkannya kepada Kementerian Kerja Raya. Susulan itu, UEM-MMC JV Sdn Bhd mungkin akan ditamatkan operasinya dan memberi laluan kepada kontraktor lain untuk meneruskannya. Ini menyebabkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah tergendala dalam jangka masa panjang sehingga hujung September 2020.
Pada Oktober 2020, kerajaan baharu Sabah telah ditubuhkan di bawah Parti GRS kerana berjaya mengalahkan Parti Warisan-PH dalam pilihan raya negeri. Pemimpin Parti GRS mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dimulakan semula dan tidak akan sesekali menamatkan prosesnya serta tidak akan menukar kontraktor sehingga projek Pan Borneo berjaya diselesaikan. Pada September 2023, Raja Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat Kepulauan Borneo (lawatan khas ini juga dikenali sebagai Kembara Borneo) dan Raja Malaysia telah memeriksa semua baki-baki projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah. Raja memberi nasihat kepada JKR Sabah untuk mempercepatkan pembinaan projek Pan Borneo supaya rakyat Sabah dapat merasai perjalanan yang luas dan serba-lancar. Selain dari nasihat berkenaan Pan Borneo Sabah, beliau juga menegur pihak SESB dan Jabatan Air Sabah berkenaan penaiktarafan dalam jabatan berkenaan. Perjalanan Kembara Diraja ini bermula dari Tawau, Sabah ke Telok Melano, Lundu, Sarawak. Perjalanan Kembara Borneo adalah bertujuan untuk merasai pemanduan di Lebuhraya Pan-Borneo Sabah-Sarawak dan juga bertujuan untuk mengenali rakyat-rakyat di kepulauan Borneo dengan lebih dekat (menyantuni rakyat borneo).
LPB Sarawak



Pada tahun 2015, kerajaan telah melancarkan projek pembinaan lebuh raya Pan Borneo bermula di Telok Melano dan berakhir di Jalan Pujut 7 Link, Miri. 10 kontrkator terlibat bermula dengan pelantikan Samling Resources Sdn Bhd sebagai kontraktor pertama untuk projek jajaran Telok Melano ke Sematan dan Sematan ke Sungai Moyan pada Disember 2015 dan berakhir dengan Konsortium KPE Sdn Bhd bagi jajaran Sg. Tangap ke Jalan Pujut 7 Link pada Ogos 2016. Tujuan utama penaiktarafan jalan berkenaan adalah menukar satu lorong dua hala kepada empat lorong dua hala. Ini kerana, selama ini perjalanan jarak jauh hanya melalui lorong dua hala dan sangat tidak sesuai untuk tujuan tersebut. Rakyat Sarawak telah menantikan pembinaan lebuh raya tersebut selama lebih 40 tahun. Kontraktor-kontraktor terlibat adalah dari kalangan syarikat-syarikat pembinaan bumiputera yang terkenal, iaitu Samling Resources Sdn Bhd, Zecon Berhad, Kimlun Sdn Bhd, Naim Holdings Berhad, Gamuda Berhad, Endaya Construction Sdn Bhd, TRC Synergy Berhad, Pembinaan Kuantiti Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Berhad, Bina Puri, Hock Seng Lee Berhad (HSL), Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd, Musyati Sdn Bhd, Mudajaya Group Berhad, KKB Engineering Berhad, WCT Holdings Berhad, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd dan Konsortium KPE Sdn Bhd. Samling Resources Sdn Bhd merpuakan syarikat pembinaan milik Samling Group of Companies manakala PPK merupakan anak syarikat Shin Yang Group of Companies, mahir dalam pembinaan dan pembuatan simen. Konsortium KPE Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama 70:30 antara KACC Construction Sdn Bhd dan Perbena Emas Sdn Bhd (PESB). Terdapat 11 pakej projek (WPC) yang telah dianugerahkan kepada 10 kontraktor tersebut. Pada Januari 2019, WPC01 yang menghubungkan Telok Melano dan Sematan siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai sedikit sebanyak melegakan serta memudahkan penduduk Telok Melano yang selama ini hanya dihubungkan melalui bot. Kontraktor yang bertanggungjawab, Samling Resources Sdn Bhd bersama dengan wakil Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Negeri membuka Jalan Telok Melano-Sematan dengan rasminy bersama wakil-wakil LBU. Hal ini sedikit sebanyak memudahkan mereka memulakan perjalanan baru bermula di KM0.00, Telok Melano dan sampai di Bulatan Sematan yang masih dalam pembinaan di dalam WPC02 yang menghubungkan Sematan dan Sg. Moyan. Ia dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Pada 14 Oktober 2019, penamat projek, laluan Simpang Nyabau ke Bakun, sepanjang 43 km, telah siap dan dirasmikan oleh wakil-wakil dari Jabatan Kerja Raya Sarawak, kerajaan negeri, LBU dan kontraktor utama, PPK. Pada Disember 2019, Jambatan Durin, yang mempunyai laluan baharu, terletak di dalam pakej ketujuh, siap sepenuhnya dan mula diturap pada tahun 2020.
Kontraktor-kontraktor yang terlibat akan dibahagikan dalam pakej-pakej berbeza:
- Samling Resources Sdn Bhd - WPC01 Telok Melano ke Sematan (TMS) (32.77 km (20.36 bt)) & WPC02 Sematan ke Sg. Moyan (SSM) (95.43 km (59.30 bt))
- Zecon Kimlun Consortium Sdn Bhd - WPC03 Bulatan Serian ke Simpang Pantu (SPJ) (75.01 km (46.61 bt))
- Naim Gamuda JV Sdn Bhd - WPC04 Persimpangan Pantu ke Batang Skrang (PJS) (89.43 km (55.57 bt))
- Endaya TRC PK JV Sdn Bhd - WPC05 Batang Skrang ke Sg. Awik (SSA) (67.94 km (42.22 bt))
- PPESW BPSB JV Sdn Bhd - WPC06 Sg. Awik ke Simpang Bintangor (SAB) (64.48 km (40.07 bt))
- HSL DMIA JV Sdn Bhd - WPC07 Simapng Bintangor ke Sg.Kua (BSK) (75.97 km (47.21 bt))
- Musyati Mudajaya JV Sdn Bhd - WPC08 Sg. Kua ke Sg. Arip (SKB) (63.67 km (39.56 bt))
- KKBWCT Joint Venture Sdn Bhd - WPC09 Sg. Arip ke Simpang Lapangan Terbang Bintulu (ABJ) (64.53 km (40.10 bt))
- Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd - WPC10 Simpang Lapangan Terbang Bintulu ke Sg. Tangap (Nyabau Interchange) (BJT) (77.19 km (47.96 bt))
- Konsortium KPE Sdn Bhd - WPC11 Sg. Tangap ke Jalan Pujut 7 Link (TPL) (79.98 km (49.70 bt))
Remove ads
Rangkaian Laluan
Laluan Persekutuan 1 Sarawak
Laluan Persekutuan A1 Sabah
Laluan Persekutuan A2 Sabah
Laluan Persekutuan 13 Sabah
Remove ads
Galeri
- Versi Malaysia
- Versi Antarabangsa
Lihat Juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads