Jeon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jeon (Korea: 전, 煎) merujuk kepada hidangan yang dibuat dengan keseluruhan, hirisan, atau cincangan ikan, daging, sayuran, dan sebagainya yang diperisakan, dan sadurkannya dengan tepung gandum dan telur sebelum menggorengnya di dalam minyak.
Ia juga dipanggil jeonyueo atau jeonyuhwa, terutama dalam masakan diraja Korea. Kadang-kadang, jeonya (저냐) digunakan sebagai istilah singkatan untuk kedua-duanya. Jeon dibuat dengan pelbagai bahan-bahan seperti hirisan daging, ayam, makanan laut dan sayuran bergantung kepada gaya dan dicampurkan dengan tepung adunan atau disalut dengan adunan telur dan kemudian digoreng dengan minyak.
Jeon biasanya dimakan sebagai pembuka selera, sebagai banchan (hidangan sampingan yang kecil), atau sebagai anju (makanan untuk dimakan sambil menikmati minuman keras). Jeon juga disajikan sebagai makanan yang penting untuk jesasang (Hangul: 제사상; hanja: 祭祀床) dan janchi (Hangul: 잔치; pesta). Jeon digunakan untuk jesa dipanggil gannap (Hangul: 간납; hanja: 干納 atau 肝納) atau gannam (Hangul: 간남; hanja: 肝南) yang dibuat dengan hati lembu, omasum, atau ikan bersama-sama dengan sayur-sayuran dan bawang hijau pada lidi.[1]
Jeon kadangkala dimakan sebagai pencuci mulut yang manis; kelainan seperti itu dikenali sebagai hwajeon (bermaksud "bunga jeon"). Bindaetteok (lempeng kacang hijau), pajeon (lempeng bawang hijau), dan kimchijeon ialah jeon popular di Korea Selatan. Jeon dinamakan biasanya mengikut bahan utamanya.
Remove ads
Jenis
Daging
- Yukjeon (육전 肉煎), dibuat dengan daging lembu dicincang[2]
- Wanjajeon (완자전) atau wanja (완자); juga dinamakan donggeurang ttaeng (동그랑땡), jeon kecil berbentuk bola yang daripada daging lembu cincang, tauhu, dan sayur-sayuran, disalut dengan tepung gandum dan adunan telur[3][4]
- Ganjeon (간전), dibuat dengan hati lembu[5]
- Cheonyeopjeon (처녑전), dibuat dengan omasum[6]
- Meat Jun, hidangan Korea popular di Hawaii.
Makanan Laut
Saengseonjeon (생선전 生鮮煎) ialah istilah umum merujuk kepada mana-mana jeon dibuat dengan ikan. Secara umumnya, ikan putih lebih disukai untuk membuat jeon manakala haemul jeon (해물전 海物煎) termasuk jeon dibuat dengan bukan sahaja ikan tetapi juga paeryu (패류 kerang), udang dan kurita.
Sayur-sayuran dan cendawan
- Kimchijeon (김치전), dibuat dengan kimci[12]
- Pajeon (파전), dibuat dengan bawang hijau[12]
- Gamjajeon (감자전), dibuat dengan kentang parut[13]
- Hobakjeon (호박전), dibuat dengan squasy[14]
- Yeongeunjeon (연근전), dibuat dengan akar teratai[15]
- Gochujeon (고추전), dibuat dengan cilis[16]
- Gajijeon (가지전), dibuat dengan terung[17]
- Deodeokjeon (더덕전), dibuat dengan deodeok (Codonopsis lanceolata)[18]
- Gosarijeon (고사리전), dibuat dengan pucuk paku[19]
- Pyogojeon (표고전), dibuat dengan cendawan shiitake dan daging lembu[20]
Lain-lain
- Bindaetteok (빈대떡), dibuat dengan kacang hijau, pelbagai sayur-sayuran dan daging atau makanan laut
- Memiljeon (메밀전), dibuat dengan gandum hitam
- Dubujeon (두부전), dibuat dengan tauhu[21]
- Hwajeon (화전), dibuat dengan bunga yang boleh dimakan, seperti azalea atau ros
Remove ads
Galeri
- Saengseon jeon
- Memiljeon
- Gochu jeon
- Hwajeon
Lihat juga
- Portal Makanan
- Bánh xèo
- Lempeng bawang hijau
- Okonomiyaki
- Paratha
- Lempeng
Catatan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
