Banchan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Banchan (Korea: 반찬; Hanja: 飯饌; juga dieja panch'an) merujuk kepada hidangan sampingan kecil atau lauk yang disaji bersama nasi dalam masakan Korea. Lazimnya di atas meja akan terdapat juadah lengkap yang dinamakan bansang (반상) yang selalunya mengandungi bap (밥, nasi), guk atau tang (sup), gochujang atau ganjang, jjigae, dan kimchi. Menurut bilangan banchan yang ditambah, susunan meja dipanggil 3 cheop (삼첩), 5 cheop (오첩), 7 cheop (칠첩), 9 cheop (구첩), 12 cheop (십이첩) bansang, dengan 12 cheop lazimnya untuk santapan diraja.[1]
Banchan diletakkan ditengah-tengah meja untuk dikongsi. Di tengah-tengah meja tersebut ialah sajian utama sekunder, galbi atau bulgogi, dengan seperiuk jjigae yang dikongsi. Mangkuk nasi dan guk (sup) diletakkan untuk setiap individu. Banchan dihidang dalam saiz yang kecil, yang bertujuan untuk dihabiskan setiap kali makan dan hanya ditambah jika tidak cukup. Lazimnya, semakin formal hidangan tersebut, semakin banyak banchan disajikan. Wilayah Jeolla terutamanya memang terkenal dengan menyedikan pelbagai banchan dalam suatu juadah lengkap.[2]
Remove ads
Kepelbagaian
Kimci

Kimci ialah sayur jeruk, lazimnya baechu (kubis cina), diperisakan dengan cili dan garam. Ini ialah banchan yang paling standard dalam hidangan makanan Korea. Sesetengah masyarakat Korea tidak akan menganggap sesuatu juadah itu lengkap tanpa kimci. Kimci boleh dibuat dengan sayur lain juga, termasuk daun bawang, gat (갓), dan lobak putih (무; mu).
Namul

Namul (나물) merujuk kepada sayur yang dikukus, diperap atau digoreng kilas, lazimnya diperisakan dengan minyak bijan, garam, cuka, bawang putih kisar, hirisan daun bawang, cili kering dan sos soya.
Bokkeum
Bokkeum (볶음) ialah hidangan goreng kilas dengan sos.
- Kimchi bokkeum (김치볶음) - Kimci goreng kilas, lazimnya dengan daging babi[14] (serupa jeyook bokkeum).
- Jeyook bokkeum (제육볶음) - Daging babi goreng kilas dengan sos gochujang (pes cili) dan bawang besar.[15]
- Ojingeochae bokkeum (오징어채볶음) — Sotong kering goreng kilas diperisakan dengan campuran gochujang (pes cili), bawang putih, dan mulyeot (perasa seperti sirap).[16]
- Nakji bokkeum (낙지볶음) - Anak kurita goreng kilas dalam sos gochujang pedas.[14]
- Buseot bokkeum (버섯볶음) - Cendawan goreng kilas seperti cendawan pyogo, cendawan tiram, cendawan tusam.[14]
Jorim
Jorim ialah hidangan yang direneh dalam air rebusan.
Jjim
Jjim ialah ikan kukus.
Jeon
Jeon merujuk kepada pelbagai jenis lempeng.[21] Buchimgae ialah yang lebih kurang.
- Pajeon (파전) — Lempeng nipis dengan daun bawang.[21]
- Kimchijeon (김치전) — Lempeng nipis dengan kimci matang.[21]
- Gamjajeon (감자전) — Lempeng kentang gaya Korea.[22]
- Saengseon jeon (생선전) — Sajian kecil ikan yang disadur telur dan digoreng.[23]
- Donggeurang ttaeng (동그랑땡) — Patti yang diperbuat daripada tauhu, daging dan sayuran, disadur dengan telur dan digoreng.[24]
Lain-lain
- Japchae (잡채) — Hidangan tunggal, japchae juga boleh dimakan sebagai banchan. Japchae ialah mi yang diiringi dengan pelbagai sayur dan daging dalam sos bawang putih yang agak manis.
- Salad kentang gaya Korea (감자 샐러드) dengan epal dan lobak merah.
Remove ads
Galeri
- Sususan banchan di atas meja di Wilayah Jeolla
- Ojingeochae bokkeum (오징어채볶음)
- Yeongeun jorim (연근조림)
- Gyeran jjim (계란찜) dalam periuk panas
- Samsaek jeon (삼색전), sebarang tiga jeon yang berbeza warna.
- Japchae
Lihat juga
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Banchan |
- Hors d'oeuvre
- Masakan Korea
- Meze, pilihan hidangan kecil di Mediterranean Timur
- Tapas, pembuka selera yang pelbagai dalam masakan Sepanyol
- Thali, konsep yang sama dalam masakan India
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
