Johol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Johol (sebutan dalam loghat tempatan: Joho, Jawi: جوهول) merupakan sebuah mukim dan pekan yang terletak di dalam Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.[1] Rata-rata penduduk adalah petani, bekerja kampung dan kakitangan kerajaan. Anak muda ramai yang berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Seremban dan Kuala Lumpur.

Remove ads
Sejarah
Sebelum kedatangan orang-orang Minangkabau di abad ke-17, Johol didiami oleh Orang Asli dari suku Jakun yang diketuai oleh seorang Dato' Batin bernama Johol yang tinggal di kampung Air Keroh ketika itu. Orang-orang Minangkabau dari Sumatera sampai ke Johol melalui Johor dan Melaka. Orang Minangkabau diketuai oleh seorang ketua bergelar Dato' Batin Melengkar Alam yang telah belayar menaiki sebuah jong dari Minangkabau memasuki Sungai Perak dan berpatah balik lalu memasuki Sungai Muar dan telah membuat sebuah penempatan bernama Sekudai. Kemudian beliau meneruskan perjalanannya ke hulu sungai lalu berehat di bawah sebatang pohon yang rendang yang kini dikenali sebagai 'Merbau Seratus'. Setelah berehat sebentar di sana beliau meneruskan perjalanan mudik ke hulu sungai dan telah melabuhkan jong beliau di dalam sebuah lubuk yang kini dinamakan sebagai Lubok Jong di Pasir Besar dan seterusnya membuka sebuah kampung yang kini di namakan kampung Pasir Besar (yang mana merujuk kepada pasirnya lebar seperti berpantai). Beliau telah di jemput oleh Dato' Batin Johol ke kampung Air Keroh untuk di lantik sebagai Ketua Batin. Kedua-dua masyarakat ini hidup rukun dan pada satu ketika bersetuju melantik seorang Penghulu Batin / ketua batin.
Penghulu ini dipilih dari kalangan calon suku Biduanda waris (dalam suku biduanda yang dibawa dari alam minangkabau, tidak terdapat suku biduanda waris, asal suku biduanda waris adalah asal 'Biduanda' (orang yang berketurunan berkepimpinan) sementara 'Waris' pula (anak jati yang asal) dimana dari perut 'Batin' nya atau ketua asal suku kaum di daerah 'alam' berkenaan. Maka dipersetujui oleh Dato' Batin serta Buapak yang Enam. Dato' Jenang akan mengisytiharkan perlantikan Penghulu. Penghulu inilah yang kemudiannya dinamakan Undang Luak Johol bergelar Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan.
Yang Teramat Mulia Dato' merupakan Waris Gemencheh, sementara timbalan beliau Dato' Baginda Tan Mas Luak Johol, Yang Amat Mulia (YAM) Dato' Muhammad bin Haji Abdullah merupakan Waris Johol (Undang Luak Johol tiada timbalan,tugas sebenar Tan Mas Luak Johol adalah pekerja kepada luak undang sebagai pengurus lombong emas dikawasan Gemas)(pelantikan Undang Luak Johol mempunyai sistem giliran dari kalangan suku biduanda yang keenam).
Proses penggantian Undang baru adalah secara automatik daripada Timbalan Undang naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan. Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam". Bermaksud apabila seseorang Undang itu meninggal dunia, pengisyitiharan Undang baru terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan.
Undang Johol yang ke-14 iaitu YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ' Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani telah dilucutkan kuasanya secara adat Johol yang unik. Beliau telah di pecat oleh Buapak Yang Enam atas kesalahan-kesalahan adat di luak Johol. Setelah pemecatan dilakukan seiring dengan kehendak adat iaitu " patah tumbuh hilang berganti " yang mana pemecatannya dilakukan atas kehendak dan lafaz " hilang berganti " maka dipersetujui dan muafakatlah seluruh anak buah, lembaga juga buapak dengan melantik Undang Johol ke -15 iaitu KEBAWAH KAUS YANG TERAMAT MULIA DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN HAJI MUHAMMAD BIN HAJI ABDULLAH.
Pada asalnya jawatan Undang Luak di Johol adalah Suku Biduanda dan yang memegang jawatan Undang Luak Johol adalah seorang wanita. Suku Biduanda Waris adalah suku yg diwujudkan dan bukannya suku asal.
Remove ads
Kemudahan asas

- Balai Polis Johol
- Pejabat Pos Johol
- Klinik Kesihatan Johol

- Mesin ATM Johol (bersebelahan Balai Polis Johol)
- Pasar Awam Johol
- Masjid Kariah Johol
Pentadbiran
Dalam pentadbiran tanah di Negeri Sembilan, ia diuruskan di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kuala Pilah. Dalam pentadbiran Diraja, Johol merupakan sebuah luak yang ditadbir oleh institusi Undang yang diketuai oleh Yang Teramat Mulia Datuk Undang Luak Johol. Luak Johol turut merangkumi wilayah naungan YTM Undang Luak Johol yang terletak di daerah lain iaitu Gemencheh dan Pasir Besar dari daerah Tampin; serta Jeram Padang dan Palong dari daerah Jempol.
Perkampungan
Di Johol terdapat beberapa kawasan perkampungan, antaranya ialah:[2][3]
- Kampung Gemencheh Ulu
- Kampung Padang Jual
- Kampung Selaru
- Kampung Senibai
- Kampung Gating
- Kampung Kabong
- Kampung Tering
- Kampung Kuala Johol
- Kampung Masjid Tua
- Kampung Melekai
- Kampung Nuri
- Kampung Rengoh
- Kampung Simat
- Kampung Tanggai
- Kampung Tangkoh
- Kampung Tulang Rimau
- Kampung Tumang
- Kampung Ulu Inas
- Kampung Air Mawang
- Kampung Baru Air Mawang
- Kampung Betong
- Kampung Dingkir
- Kampung Eyor
- Kampung Kepis Baru
- Kampung Kepis Hilir
- Kampung Bukit Istana
Pendidikan
Pendidikan di Johol merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah agama. Berikut adalah senarai sekolah yang bertapak di Johol:[4]
- Sekolah Kebangsaan Dangi
- Sekolah Kebangsaan Dato' Inas
- Sekolah Kebangsaan Inas
- Sekolah Kebangsaan Undang Johol
- Sekolah Kebangsaan Nuri
- Sekolah Kebangsaan Senibai
- Sekolah Kebangsaan Kepis
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Hua
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Baru Kepis
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chun
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap
- Sekolah Menengah Rendah Agama Johol
- Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dangi
Remove ads
Politik
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
