Kampung Mantin Dalam

kampung yang terletak di Mantin, dalam Negeri Sembilan, iaitu sebuah negeri di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kampung Mantin Dalam merupakan sebuah kampung yang terletak di Mantin, dalam Negeri Sembilan, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Fakta Segera Negara, Negeri ...

Kedudukan

Kampung Mantin Dalam terletak kira-kira tiga kilometer dari susur keluar Mantin dari Lebuhraya Kajang–Seremban. Pintu masuk kampung ini terletak di simpang masuk dari Pekan Mantin. Ia bersempadan dengan Kampung Mantin. Di kampung ini terdapat sebuah taman perumahan dan beberapa kampung rangkaian yang lain, iaitu:

  • Taman Andalas Mantin
  • Kampung Tengah Mantin Dalam
  • Kampung Kedat Mantin Dalam (perkampungan orang Asli)
Remove ads

Kemudahan asas

Pendidikan

  • Sekolah Agama Rakyat Taman Andalas[1]

Tempat beribadat

Poskod

Poskod yang digunakan di Kampung Atap, Mantin, Negeri Sembilan ialah 71700.[2]

Kluster COVID-19

Dalam fasa pandemik COVID-19, terdapat sebuah kluster jangkitan virus tersebut di Kampung Tengah Mantin Dalam dan dinamakan Kluster Kampung Tengah. Kluster ini melibatkan kenduri perkahwinan yang telah dianjurkan sebuah keluarga. Pesakit pemula bagi kluster berkenaan ialah seorang perempuan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai guru tadika Kemas di Sandakan, Sabah. Kes tersebut telah pulang ke Mantin pada 20 Disember untuk persiapan kenduri. Dalam saringan awal, seramai 130 individu telah disaring dan 20 orang daripadanya dikesan positif COVID-19[3].

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads