Kampung Parit Mahang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kampung Parit Mahang merupakan sebuah kampung yang terletak di Jeram, dalam Selangor, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Kampung Parit Mahang merupakan sebuah kampung tradisi melayu yang terletak dalam Mukim Api-api dan Ijok, Selangor. Kampung ini berjiran dengan beberapa buah kampung lain iaitu Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cherakah dan Kampung Bukit Kuching yang teletak dalam Mukim Jeram.
Remove ads
Sejarah Penerokaan
Pada asalnya kawasan kampung ini ialah kawasan paya, hutan tropika rimba dan hutan dara.Terdapat dua kisah sejarah tentang kampung ini iaitu kampung ini dipercayai mula diterokai oleh kaum cina semasa darurat dan telah ditempatkan di kawasan yang terkawal. Terdapat cerita yang disebarkan melalui mulut ke mulut tentang kampung ini yang dipercayai telah dibuka oleh seseorang yang bernama Ibak dari suku kaum Banjar bersama rakan-rakannya pada tahun 40-an
Namun begitu tiada sejarah yang dicatat atau dijumpai dimana-mana yang menceritakan bila kampung ini dibuka dan siapakah individu yang memperopoli Kampung Parit Mahang ini. Di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor juga tidak ada catatan tentang bila kampung ini dibuka dan siapa yang menerokanya pada peringkat permulaan
Asal-usul nama Kampung Parit Mahang
Asal nama Kampung Parit Mahang dipercayai adalah dari sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok Mahang yang telah tumbuh begitu mudah hingga ditepi parit ada juga yang mengatakan hingga ke dalam parit.
Remove ads
Kemudahan asas
Pendidikan
Tempat beribadat
Masjid Nurul Huda
https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/profail/show/id/89
Poskod
45800
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads