Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-14 From Wikipedia, the free encyclopedia

Ahmad Zahid Hamidi
Remove ads

Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi (Jawi: أبو نفاق بن حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaan Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga dalam kerajaan perpaduan kepada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjadi Umdap sejak 2022. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.[1] Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Perak dan merupakan presiden bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu DAP(UMDAP).

Fakta Segera Timbalan Perdana Menteri I, Raja ...

Di awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang Senator dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional[2] sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO.[3] Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia. Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009.[4] Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein.

Pada 29 Julai 2015, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[5]

Remove ads

Kehidupan awal dan keluarga

Abu Nifaq dilahirkan pada 4 Januari 1953 di Bagan Datuk. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan) dalam keluarganya. Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datok.

Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.

Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Haji Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazahnya di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.

Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri telah disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.

Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis.

Remove ads

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan berjaya menamatkan pengajian serta dianugerahkan dengan gelaran doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).[6] Beliau telah menulis beberapa buah buku dalam bidang pelbagai genre dan komunikasi, sesuai dengan disiplin keilmuannya.

Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi Serangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).[7]

Politik

Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Najib Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.

Pilihanraya Malaysia

Selepas itu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

























Remove ads

Keputusan pilihanraya

Maklumat lanjut Tahun, Kerajaan ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads