Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 (Play-off antara konfederasi)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bagi Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 Play-off antara konfederasi[nota 1], akan ada dua pertembungan perlawanan yang dijadualkan untuk menentukan dua lagi tempat terakhir untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2022. Perlawanan akan dimainkan pada 13–14 Jun 2022 di Qatar.[1][2]

Fakta Segera Perincian kejohanan, Negara tuan rumah ...
Remove ads

Format

Cabutan untuk play-off antara konfederasi telah diadakan pada 26 November 2021, 17:00 CET, di Zürich, Switzerland.[1]

Empat pasukan dari empat Konfederasi (AFC, CONCACAF, CONMEBOL dan OFC) akan ditarik ke dalam dua pertemuan.

Pada asalnya, kedua-dua pasukan dalam setiap perlawanan pertemuan akan bermain di tempat sendiri-dan-tempat lawan secara timbal balas. Bagaimanapun, perlawanan itu kini akan menjadi satu perlawanan kalah mati tunggal di Qatar.[1][2]

Play-off ini akan menjadi perlawanan timbal balik terakhir yang memutuskan baki dua slot ke Piala Dunia untuk kejohanan 32 pasukan. Bermula dengan kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2026, yang diperluaskan kepada 48 pasukan, kejohanan playoff melibatkan enam pasukan akan diadakan untuk menentukan dua tempat terakhir.[3]

Remove ads

Pasukan layak

Maklumat lanjut Konfederasi, Penempatan ...

Perlawanan

Buat pertama kalinya, FIFA memutuskan untuk mengadakan satu perlawanan tunggal di negara tuan rumah Piala Dunia, Qatar. Mereka dijadualkan pada 13–14 Jun 2022 di Stadium Ahmad bin Ali di Al Rayyan.[4] Mereka pada asalnya dijadualkan pada Mac tahun itu, tetapi telah dipindahkan kerana perubahan dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.[2][5]

AFC v CONMEBOL

Maklumat lanjut Pasukan 1, Jaringan ...
Maklumat lanjut Australia, 0–0 ...
Stadium Ahmad bin Ali, Al Rayyan (Qatar)
Pengadil: Slavko Vinčić (Slovenia)

CONCACAF v OFC

Maklumat lanjut Pasukan 1, Jaringan ...
Maklumat lanjut Costa Rica, 1–0 ...
Stadium Ahmad bin Ali, Al Rayyan (Qatar)
Kehadiran: 10,803
Pengadil: Abdulla Hassan (Emiriah Arab Bersatu)

Nota

  1. Notasi di laman web rasmi FIFA ialah "FIFA World Cup Qatar 2022 intercontinental play-offs".

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads