Kril

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kril
Remove ads

Kril (pinjaman bahasa Norway krill "anak ikan kecil"[1]) atau geragau, ialah sejenis krustasea berupa udang kecil daripada order Euphausiacea bertaburan dalam semua lautan dunia. Udang-udang jenis ini berperanan penting dalam rantai makanan sebagai pemangsa fitoplankton dan zooplankton (pada tahap lebih rendah) namun juga dimangsakan banyak spesies lebih besar baik ikan atau penguin kepada haiwan yang lebih besar seperti anjing laut dan paus balin.[2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Families and genera ...

Hidupan ini banyak dimanfaatkan di Asia sebagai suatu sumber makanan: ia antara bahan utama selain udang geragau yang ditapai (kekal bercangkerang) dan dikisar halus untuk dibuat belacan penambah rasa berlauk kepada pelbagai jenis hidangan tradisional.[3][4] Cecair daripada proses penapaian turut diasingkan sebagai sos perisa[5] atau dicampurkan bersama sebagai cencaluk.

Remove ads

Taksonomi

Ordo Euphausiacea menggolongkan kril terdiri daripada dua keluarga:

  • Euphausiidae - mengandungi 10 genus berbeza dengan jumlah 85 spesies.
  • Bentheuphausiidae - mengandungi satu spesies tunggal iaitu Bentheuphausia amblyops yang hidup dalam perairan 1,000 meter bawah paras laut dan dianggap spesies kril paling primitif.
  • [6]

Anatomi

Kril tergolong dalam kelompok jenis berkaki jalan sepuluh (dekapoda) seperti udang dan ketam dengan ciri badan yang sama: kepala dan toraks bercantum, pleon berkaki sepuluh dan ekor kipas seluruhnya ditutupi rangka luar berkitin. Kril boleh dibezakan dengan mudah daripada krustasea lain seperti udang tulen dari insangnya yang terlihat dari luar.[7]

Kebanyakan spesies kril berukuran dewasa kira-kira 1–2 sm. Spesies yang paling besar, Thysanopoda spinicauda hidup jauh dalam lautan terbuka.[8]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads