Kuala Nerus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kuala Nerusmap
Remove ads

Kuala Nerus (Jawi: کوالا نروس) merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Terengganu, Malaysia. Daerah Kuala Nerus merupakan daerah kelapan dalam negeri Terengganu dan berkeluasan 320 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Al-Wathiqu Billah.

Fakta Segera Daerah Kuala Nerus کوالا نروس, Negara ...
Remove ads

Pentadbiran

Walaupun telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Kuala Nerus masih ditadbir di bawah pihak berkuasa tempatan yang sama dengan daerah Kuala Terengganu, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Daerah Kuala dibahagikan kepada empat buah mukim;

Thumb
Peta daerah Kuala Nerus
  1. Mukim Batu Rakit
  2. Mukim Kuala Nerus
  3. Mukim Pakoh
  4. Mukim Pulau Redang

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Nerus ialah seramai 145,642 orang dengan kepadatan penduduk 366 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Nerus berbangsa Melayu, seramai 140,440 orang.[1][2]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...

Agama

Di daerah Kuala Nerus, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[2]

Bahasa

Bahasa Melayu Terengganu adalah bahasa utama di daerah ini.

Remove ads

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Nerus. Terdapat sebanyak 45 buah sekolah di daerah ini;[3]

Maklumat lanjut Jenis sekolah, Bilangan ...

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads