Kuda timur

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kuda timur
Remove ads

Istilah kuda timur memaksudkan baka-baka kuda purba yang dicipta di Timur Tengah, misalnya Arab, Akhal-Teke, Barb, dan juga kuda Turkoman yang kini pupus. Kuda ini biasanya berkulit nipis, berkaki panjang, berbadan langsing dan lebih halus bentuk badannya berbanding jenis-jenis lain tetapi lebih tahan lasak.[1] Kuda timur yang kadang-kadang bergelar baka "berdarah panas" mempunyai tahap kecerdasan yang membolehkan ia menjadi cergas, serba boleh dan cepat belajar. Kuda timur dibiakbakakan untuk ketangkasan dan kelajuan, dan umumnya dianggap bersifat kuat semangat dan berani.[2]

Thumb
Kuda Arab adalah sejenis kuda timur
Remove ads

Sejarah

Thumb
Kaum Hyksos dari Mesir Purba memandu kereta rata yang ditarik oleh kuda jenis timur.[3]

Kuda "Oriental" dahulu merupakan haiwan yang tinggi, langsing, halus dan tangkas, lahir di Asia Barat, sesuai dengan iklim panas kontang, serta disangka sebagai leluhur kepada baka-baka timur moden.[3][4] Pengelasan fenotip kuda purba pada asalnya berasaskan jenis dan bentuk badan, sebelum terdapatnya DNA untuk penyelidikan, dan semenjak itu telah pun diatasi oleh kajian moden.[5] Sebelum perkembangan-perkembangan ini, Teori Empat Asas menganjurkan kewujudan empat kuda "proto" asas yang direka dengan penyesuaian dengan persekitaran masing-masing sebelum dibela jinak oleh manusia.[4] Satu lagi teori mengusulkan bahawa kuda timur merupakan spesies atau subspesies yang berasingan (pernah sekali diusulkan sebagai Equus agilis namun dipertikaikan oleh taksonomi moden sama ada ini memang spesies yang sebenar).[3] Bagaimanapun, bukti genetik moden kini menjurus kepada satu peristiwa pembelajinakan yang tungal untuk sebilangan kecil kuda jantan, digabungkan dengan pengisian semula kuda liar ke dalam kawanan jinak secara berulang kali,[5] maka menjadikan percapahan jenis badan yang selanjutnya sebagai adaptasi ras tanah atau pembiakbakaan terpilih.

Selama berabad-abad lamanya, pembiak baka Eropah mengimport kuda timur dari Timur Tengah dan Afrika Utara untuk dibiakbakakan dengan keinginan untuk menerapkan sifat-sifat kecirian tertentu ke dalam kuda-kuda lumba dan tentera terbaik mereka.[2] Penggunaan kuda Arab dan mungkin juga Barb dan Turkoman oleh mereka mungkin penting dalam penciptaan baka Thoroughbred. Analisis DNA mitokondria (mtDNA) dalam kuda Andalusia menunjukkan kaitan yang jelas dengan kemasukan pembiakbakaan Barb.[6] Hampir kesemua baka ringan dan berdarah suam yang lain serba sedikit mempunyai keturunan timur, khususnya melalui kuda Arab.[3]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Sumber

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads