La Paz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
La Paz merupakan ibu kota pemerintahan Bolivia, sekaligus ibu kota departamento La Paz. Ia terletak 68 kilometer jauh arah tenggara dari Tasik Titicaca di kawasan barat tengah Bolivia dalam sebuah ngarai hasil saliran sungai Choqueyapu sebahagian daripada lembangan Amazon serta dikelilingi gunung-ganang tinggi Altiplano. Kota ini merupakan ibu kota tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,650 meter dari paras laut.[1][2] Ia kota kedua kependudukan tertinggi dengan sebanyak 1,816,044 orang penduduk pada tahun 2020,[3] kawasan metropolitan ini yang erangkumi La Paz, El Alto, Achocalla, Viacha dan Mecapaca membentuk kawasan perbandaran kedua terbesar di Bolivia seramai 2.0 juta orang selepas Santa Cruz de la Sierra.[3]
Kota ini merupakan petempatan paling utama di Bolivia dari segi pentadbiran, ekonomi dan kesukanan menyumbang 24% keluaran dalam negara kasar negara itu serta menempatkan banyak syarikat utama beroperasi di Bolivia.[4]
Ia merupakan antara 7 buah "bandar ajaib" dipilih oleh persatuan 7Wonders selain Beirut, Doha, Durban, Havana, Kuala Lumpur dan Vigan.[5]
Remove ads
Sejarah
Kota ini didirikan di tempat permukiman orang peribumi bernama Chuquiago pada 1548 oleh seorang penakluk bernama Alonso de Mendoza, nama lengkap aslinya adalah Nuestra Señora de La Paz ("Bunda Maria Kedamaian"). Pada 1825, setelah para pendukung revolusi mengalahkan pasukan empayar Sepanyol di Ayacucho, namanya lengkapnya berganti menjadi La Paz de Ayacucho ("Kedamaian Ayacucho").
Pada 1898, La Paz menjadi tempat pemerintahan negara de facto sambil Sucre tetap menjadi ibu kota rasmi.
Remove ads
Geografi
Kota ini terletak di Pergunungan Andes dan dikelilingi beberapa gunung seperti Illimani, Huayna Potosi, Mururata, & Illampu. Karena lokasinya itu, La Paz pernah dilarang oleh FIFA untuk menyelenggarakan pertandingan sepak bola internasional terkait dengan tipisnya lapisan udara disana akan sangat mempengaruhi kesihatan bahkan keselamatan para pemain dari negara yang berada di dataran rendah.
Iklim
Ketinggian ini melebihi 4,000 meter menjadikan kawasan tertentu kota ini mempunyai iklim tanah tinggi subtropik (Cwc, dalam pengelasan iklim Köppen) bercirikan seakan iklim lautan subpolar dengan cuaca purata melebihi 10 °C hanya ada bertahan tidak lebih dai empat bulan menghampiri suatu iklim tundra, (ET). Kota ini mempunyai musim panas yang lembap dan musim dingin yang kering lalu menyerupai persekitaran kota-kota Nordik seperti Bergen atau Tórshavn meskipun hanya terletak 16 darjah selatan dari Khatulistiwa.
Suhu dalam pusat dan selatan kota masing-masing pada ketinggian 3,600 dan 3,250 meter pula relatif lebih memanas dengan iklim tanah tinggi subtropik yang biasa (Cwb[6] menurut pengelasan Köppen).
Bandar-bandar kembar
La Paz menganggotai Persatuan Ibu Kota negara Amerika Latin[10] dari 12 Oktober 1982, seterusnya menjalinkan hubungan dekat dengan kota-kota berikut:
Sepanyol, Madrid[11]
Paraguay, Asunción
Colombia, Bogotá
Argentina, Buenos Aires
Venezuela, Caracas
Guatemala, Guatemala City
Cuba, La Habana
Nicaragua, Managua
Mexico,Mexico City
Uruguay, Montevideo
Panama, Panama City
Peru, Jauja
Ecuador, Quito
Portugal, Lisboa
Brazil, Rio de Janeiro
Costa Rica,, San Jose
Puerto Rico San Juan
El Salvador, San Salvador
Chile, Santiago
Republik Dominika, Santo Domingo
Honduras, Tegucigalpa
Berikutnya, persetujuan kota kembar dicapai dengan:
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads