Labradoodle

baka silang anjing From Wikipedia, the free encyclopedia

Labradoodle
Remove ads

Labradoodle[a] ialah satu baka silang anjing yang diwujudkan dengan menyilangkan anjing pengutip Labrador dengan pudel piawai atau katik. Labradoodle diniatkan untuk menjadi pilihan bagus untuk orang yang alah terhadap dander anjing.

Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...

Australian Labradoodle Association ("Persatuan Labradoodle Australia"), iaitu sebuah pertubuhan yang dikendalikan oleh pembiak baka labradoodle, berkata bahawa ia "pada umumnya dianggap sebagai anjing sihat". Walau bagaimanapun, mereka juga menyatakan bahawa displasia pinggul dan siku merupakan masalah lazim yang menjejaskan labradoodle.[1][b] Penyakit lain termasuk penyakit mata dan penyakit Addison.[3][4] Wally Conron dari Australia, yang dikreditkan kerana mencipta baka ini, telah mengulas bahawa labradoodle sihat adalah "sedikit dan jarang" dan kebanyakannya "gila atau mempunyai masalah kebakaan".[1]

Remove ads

Sejarah pembiakbakaan

Asal usul

Pembiak baka Australia Wally Conron memperkenalkan baka silang ini kepada Royal Guide Dog Association of Australia ("Persatuan Anjing Pandu Diraja Australia") di Victoria. Conron berharap agar gabungan lapis bulu kurang gugur pada pudel, bersama-sama dengan kelembutan dan kebolehlatihan anjing pengutip Labrador, akan menyediakan anjing pandu yang sesuai untuk orang dengan alahan terhadap bulu dan dander. Beliau berharap agar nama menarik dan dakwaan mengenai alahan akan mengimbangi stigma yang dikaitkan dengan baka kacuk dan, dengan itu, membantu beliau menjual perinduk beliau.[5][6][7][8]

Sultan, iaitu seekor anjing daripada perinduk ini, memaparkan semua kualiti yang dicari oleh Conron dan bekerja sebagai anjing pandu untuk seorang wanita di Hawaii selama sepuluh tahun.[5]

Sejak itu, Conron telah berulang kali menyatakan bahawa beliau menyesal kerana memulakan trend untuk jenis baka silang ini dan mengekalkan pernyataan bahawa ini menyebabkan "banyak kerosakan" dan "banyak masalah", sebahagian besarnya berpunca daripada ketidakbolehramalan genetik bagi penggabungan baka. Beliau berasa bahawa beliau patut dipersalahkan atas rentetan pembiak baka tidak beretika yang menghasilkan kilang anak anjing labradoodle dan kerana mencipta "Frankenstein", sambil menambahkan pernyataan bahawa masalah dibiakbakakan ke dalam anjing dan tiada pula pembiakbakaan terpilih untuk menyingkirkan masalah dan untuk menuju piawaian yang boleh diiktiraf. Conron selanjutnya dipetik mendakwa bahawa "untuk setiap [anjing] sempurna, anda akan mendapati banyak yang gila."[9]

Program pembiakbakaan anjing pandu susulan

Buat masa ini, seperti baka kacuk lain, labradoodle tidak dianggap sebagai baka tulen atau baka oleh AKC dan persatuan kelab kenel utama lain di Amerika Utara dan di seluruh dunia.[10] Secara teknikal, ia merupakan hibrid daripada dua baka tulen dan bukan pula baka baharu. Pada tahun 2010, AKC mula mengizinkan pemilik baka kacuk mendaftarkan anjing mereka melalui program penyenaraian alternatif untuk menerima nombor ID AKC.[11]

Guide Dogs Victoria tidak lagi membiakbakakan labradoodle,[5] walaupun ia dibiakbakakan oleh pertubuhan anjing pandu dan anjing pembantu lain di Australia dan di tempat lain.[12] The Association for the Blind of Western Australia ("Persatuan untuk Orang Buta Australia Barat") telah memperkenalkan labradoodle ke dalam program pelatihan mereka. Anjing pertama mereka, iaitu Jonnie, menamatkan latihan pada November 2010.[13][14] Labradoodle kini digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai anjing pandu, anjing pembantu, dan anjing terapi.[15][16] Ia juga merupakan anjing keluarga popular.[5]

Remove ads

Penampilan dan perangai

Thumb
Seekor labradoodle betina

Oleh sebab labradoodle ialah silangan antara dua baka anjing dan bukan baka sendiri, anak anjing dalam generasi kacuk awal tidak mempunyai ciri yang boleh diramal secara tekal. Penyilangan pertama pudel dengan labrador menghasilkan variasi dari segi penampilan, saiz, lapis bulu, dan perangai. Maka, walaupun kebanyakan labradoodle mengongsi sesetengah trait lazim, penampilan dan ciri tingkah lakunya berbeza-beza secara meluas.[5]

Bulu labradoodle berkisar daripada mirip dawai hingga lembut, dan mungkin lurus, beralun, atau keriting.[5][c] Labradoodle kerap memaparkan kesemendaan untuk air dan keupayaan renang kuat daripada baka induknya.[5] Seperti kebanyakan anjing pengutip Labrador dan pudel, labradoodle pada umumnya ramah, bertenaga, dan baik dengan keluarga dan kanak-kanak.[5]

Remove ads

Jenis

Isu susur galur pembiakbakaan

Thumb
Labradoodle hitam

Yang lain membiakbakakan labradoodle dengan labradoodle sepanjang generasi berturut-turut dan mencuba untuk mengasaskan baka anjing baharu. Anjing ini biasanya dirujuk sebagai labradoodle berbilang generasi atau labradoodle Australia berbilang generasi.[5][17]

Program pembiakbakaan labradoodle Australia

Labradoodle Australia juga berbeza daripada labradoodle pada umumnya kerana mungkin juga mempunyai baka lain dalam keleluhurannya. Dua ekor spaniel air Ireland dan terier gandum berbulu lembut digunakan dalam sesetengah susur galur labradoodle Australia. Anjing pengutip berbulu keriting juga digunakan, tetapi susur galur ini tidak memuaskan dan tidak lagi digunakan untuk pembiakbakaan. Perselisihan dalam program ini telah menyebabkan sesetengah kumpulan meneruskan progam dengan susur galur berlainan seperti dalam kes cobberdog Australia.[17]

Tekstur dan warna lapis bulu

Lapis bulu labradoodle terbahagi kepada tiga kategori: wul, biri-biri, atau helaian.[c][5]

Warna lapis bulu labradoodle termasuk coklat, kopi, pacmen, krim, emas, aprikot, merah, hitam, perak, kapur, gandaria, dan kelabu kebiru-biruan. Corak lapis bulu sama ada padu, tanda-tanda abstrak putih, berwarna-warni, fantom, atau triwarna.[18]

Thumb
Berlapis bulu biri-biri

Saiz

Labradoodle dapat mempunyai saiz berlainan, bergantung pada saiz induk jantan dan induk betina yang digunakan, dan nama saiznya pada umumnya mengikuti nama yang digunakan untuk pudel: katik, sederhana, dan piawai. Labradoodle katik biasanya berukuran seberat sekitar 18–28 lb (8.2–12.7 kg), yang sederhana seberat sekitar 26–45 lb (12–20 kg), dan yang piawai dapat berukuran seberat 45–75 lb (20–34 kg).[5]

Kesihatan

Labradoodle dapat mengalami masalah yang lazim pada baka induknya. Pudel dan anjing pengutip Labrador dapat menghidap displasia pinggul. Baka induk juga dapat menghidap sebilangan kecelaruan mata.[19] Terdapat juga kes kecelaruan saraf, termasuk epilepsi.

Displasia sendi

Displasia siku ialah isu lazim yang diketahui pada baka induk, serupa dengan displasia pinggul. Isu ini menjadi lebih prevalen akibat pertumbuhan pesat semasa peringkat anak anjing.[20][21]

Penyakit mata kongenital

Sebuah kajian mendapati bahawa labradoodle United Kingdom mempunyai insiden lebih tinggi (4.6%) bagi displasia retina multifokal (MRA) berbanding dengan anjing pengutip Labrador. Katarak adalah lazim juga (3.7%) tetapi prevalens adalah sebanding dengan prevalens pada labrador.[3]

Penyakit Addison

Terdapat bukti bagi sesetengah kejadian penyakit Addison pada labradoodle Australia.[4][22]

Jangkitan telinga

Labradoodle adalah sangat cenderung terhadap jangkitan telinga kerana telinga terkelepai panjangnya.[23]

Remove ads

Lihat juga

Catatan

  1. Jawi: لابرادودل
  2. Australian Labradoodle Association of America ("Persatuan Labradoodle Australia Amerika")[2] yang mewakili pembiak baka labradoodle, berkata bahawa haiwan ini 'pada umumnya dianggap sebagai anjing sihat' tetapi mempunyai sesetengah masalah lazim, tetapi ekstrem, seperti displasia pinggul dan siku.[1]
  3. Labradoodle berlapis bulu lurus dikatakan mempunyai lapis bulu "helaian", anjing berlapis bulu beralun mempunyai lapis bulu "biri-biri", dan anjing berlapis bulu keriting mempunyai lapis bulu "wul". Lapis bulu wul mempunyai keriting halus dan berpenampilan serupa dengan penampilan pudel, tetapi dengan tekstur lebih lembut. Lapis bulu biri-biri adalah lembut dan mengalir bebas, dengan penampilan keriting atau beralun. Lapis bulu helaian dapat bersifat keriting, lurus, atau beralun, tetapi bertekstur lebih serupa dengan lapis bulu labrador.[5]
Remove ads

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads