Labu musim sejuk

From Wikipedia, the free encyclopedia

Labu musim sejuk
Remove ads

Labu musim sejuk atau skuasy musim sejuk ialah buah tahunan mewakili beberapa spesies labu dalam genus Cucurbita. Ia berbeza daripada labu musim panas kerana ia dituai dan dimakan pada peringkat matang ketika benih di dalamnya telah matang sepenuhnya dan kulitnya telah menjadi kulit keras. Pada peringkat ini, kebanyakan varieti sayur ini boleh disimpan untuk digunakan semasa musim sejuk. Labu musim sejuk biasanya dimasak sebelum makan, dan selalunya tidak dimakan seperti halnya labu musim panas.[1]

Thumb
Bermacam-macam labu musim sejuk.
Remove ads

Penanaman dan penuaian

Thumb
Skuasy Blue Hubbard (sejenis Cucurbita maxima), menunjukkan isi oren terang

Labu adalah tumbuhan yang tidak tahan ibun yang bermaksud benihnya tidak bercambah dalam tanah yang sejuk. Benih labu musim sejuk bercambah dengan baik apabila suhu tanah adalah 21 hingga 35 °C (70 hingga 95 °F), dengan penghujung julat yang lebih panas adalah yang optimum.[2] Ia dituai apabila buah telah bertukar menjadi warna padu yang mendalam dan kulitnya keras. Kebanyakan tanaman dituai pada bulan September atau Oktober (Hemisfera Utara), sebelum ibun lebat melanda kawasan penanaman.

Remove ads

Nilai pemakanan

Fakta Segera Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz), Tenaga ...

Labu musim sejuk adalah rendah kalori dan sumber yang baik daripada karbohidrat sayur-sayuran kompleks dan serat makanan.

Ia adalah sumber yang sangat baik bagi vitamin A, vitamin C, kalium, serat dan mangan, dan sumber folat yang baik, asid lemak omega-3, vitamin B1 (thiamina), tembaga, triptofan, vitamin B6 (piridoksin), vitamin B3 (niasin) and vitamin B5 (asid pantotenik).[3]

Ia juga merupakan sumber besi dan beta-karotena. Biasanya, lebih gelap kulitnya, semakin tinggi kandungan beta-karotena.[4]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads