Lebuhraya Butterworth–Kulim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Lebuhraya Butterworth-Kulim, BKE Lebuhraya Butterworth–Kulim adalah sebuah lebuh raya yang ada 2 tol, paling pendek dan penting di Malaysia bagi orang Kulim dan Lunas ke Butterworth dan Pulau Pinang. Ia menghubungkan antara Butterworth, Pulau Pinang di sebelah barat serta Kulim, Kedah di sebelah timur dan sempadan negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan laluan utama ke Lebuhraya Timur-Barat (Laluan Persekutuan LP 4 melalui Baling, Kedah dan Gerik, Perak dari Butterworth dan Pulau Pinang.

Fakta Segera Maklumat laluan, Panjang ...

90 peratus lebuh raya ini adalah melalui kawasan negeri Pulau Pinang. Di sempadan Kedah adalah sambungan plaza tol Lunas dan jambatan sungai sahaja bagi menghubung ke bandar Kulim. Laluan alternatif LBK dari dan ke Kulim ini juga boleh melalui Jalan Mengkuang dan Jalan Ara Kuda. Terdapat 2 tol perlu dibayar sepanjang LBK ini.

Remove ads

Sejarah

Pembinaan BKE baru bermula pada Disember 1994 dan tamat pada September 1996. Hal ini demikian kerana kenderaan di Bandar Bukit Mertajam telah semakin bertambah banyak terutamanya kawasan menuju ke Butterworth. Jadi, sebuah lebuh raya kena dibuat dekat Butterwowth sampai ke Kulim, Sungai Lembu, dan Lunas.

Kadar tol BKE ini tidak dijangka naik pada masa sekarang sebab bayaran tol di BKE ini adalah tinggi.

Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, anak syarikat PLUS Expressway Berhad ("PLUS Expressways") telah diberikan konsesi serta kontrak membina dan mengendalikan lebih raya kembar empat lorong dengan lorong motosikal serta kemudahan berkaitan bagi lebuh raya sepanjang 16.78 km. Tempoh konsesi adalah selama 32 tahun (Jun 1994 hingga Jun 2026, termasuk 2 tahun tempoh pembinaan), di mana selepas itu lebuh raya berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Remove ads

Ciri-ciri

  • Had laju sederhana 90 km/j
  • Lebuh raya kembar 4 lorong
  • Telefon kecemasan
  • Lorong kecemasan

Kadar tol

Plaza tol Lunas

Maklumat lanjut Kelas, Jenis kenderaan ...

Plaza tol Kubang Semang

Maklumat lanjut Kelas, Jenis kenderaan ...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads