Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Laluan Persekutuan LP 3113 merupakan sebuah lebuh raya di Pulau Pinang, Malaysia yang menghubungkan antara bandar raya George Town dengan Bayan Lepas dan Butterworth. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.[2] Lebuh raya ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas.
Laluan ini merupakan laluan terus ke George Town dan Bayan Lepas sekarang dari Butterworth.
Remove ads
Sejarah
Laluan perintis lebuh raya ini dibina pada tahun 1983 semasa pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan siap pada tahun 1985. Kemudian, lebuh raya ini dipanjangkan ke bahagian utara sebagai Lebuhraya Jelutong, dan ke bahagian selatan sebagai Lebuhraya Bayan Lepas.
Senarai persimpangan
Lebuhraya Jelutong
Lebuhraya Bayan Lepas
Remove ads
Rujukan
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads