Jambatan Pulau Pinang

jambatan jalan raya yang menghubungkan Seberang Perai (tanah besar) dan Pulau Pinang di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Jambatan Pulau Pinang
Remove ads

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Fakta Segera
Fakta Segera Lebuhraya E36, Maklumat laluan ...

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini pada setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.

Remove ads

Sejarah

Kronologi

Maklumat lanjut Tarikh, Peristiwa ...

Penggandaan lorong jambatan

Semasa pembinaan asal, bahagian tengah jambatan mempunyai enam lorong, manakala bahagian lain hanya empat lorong. Kerja-kerja pelebaran keseluruhan jambatan kepada enam lorong bermula pada Januari 2008 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2009.

Remove ads

Spesifikasi jambatan[5]

  • Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
  • Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
  • Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
  • Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
  • Laluan: 6 Laluan
  • Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
  • Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
  • Gantungan utama: 225 Meter
  • Gantungan hujung: 107.5 Meter
  • Gantungan lain: 40 Meter
  • Had laju: 80 km/j

Kadar Tol

Thumb
Bahagian tengah Jambatan Pulau Pinang

Sejak tahun 1985, Jambatan Pulau Pinang telah dikenakan tol. Bayaran hanya dikenakan kepada kenderaan yang memasuki dari tanah besar menuju ke Pulau Pinang. Sejak tahun 1994, kutipan tol dikendalikan oleh syarikat konsesi swasta, Penang Bridge Sdn Bhd, yang kini menjadi anak syarikat PLUS Malaysia Berhad. Bermula 1 Januari 2019, kutipan tol untuk penunggang motosikal, yang sebelum ini dikenakan RM1.40, telah dimansuhkan bagi kedua-dua jambatan di Pulau Pinang.[6][7][8]

Kutipan tol elektronik

Sebagai sebahagian inisiatif untuk mempercepatkan transaksi di plaza tol Perai, kutipan tol telah dijalankan sepenuhnya secara kutipan tol elektronik menggunakan kad Touch 'n Go dan peranti SmartTAG sejak 9 September 2015.[perlu rujukan]

Kadar tol

(Sejak 1 Februari 2020)

Maklumat lanjut Kelas, Jenis kenderaan ...

Senarai persimpangan

Maklumat lanjut km, Keluar ...

3602B Sambungan Universiti Sains Malaysia (USM)

Maklumat lanjut km, Keluar ...
Remove ads

Acara peringatan

Setem peringatan sempena pembukaan Jambatan Pulau Pinang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia (kini Pos Malaysia) pada 15 September 1985.[9] Nilai setem yang dikeluarkan ialah 20 sen, 40 sen dan RM1.00.

Insiden dan kemalangan

Sepanjang tempoh operasinya, jambatan ini sering menjadi lokasi kepada pelbagai kemalangan jalan raya[10] dan kejadian bunuh diri.

Pada 20 Januari 2019, dua buah kereta yang menuju ke tanah besar terlibat dalam satu pelanggaran, menyebabkan sebuah daripadanya terhumban ke dalam Selat Melaka.[11] Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan untuk mencari kenderaan yang tenggelam itu, dan mangsa kemudiannya ditemui telah meninggal dunia.[12]

Remove ads

Jambatan Pulau Pinang menjadi subjek dalam buku komik yang bertajuk Lat and Gang terbitan tahun 1987. Di halaman 58, Lat menggambarkan pelbagai situasi yang berlaku di atas jambatan.[13]


Insiden di Jambatan Pulau Pinang

Berikut adalah kronologi insiden yang berlaku di jambatan ini.[14]

  • 20 September 2010: Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kira-kira 1.30 pagi.
  • 1 November 2012: Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dalam kejadian 3.30 pagi.
  • 30 Oktober 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.
  • 12 November 2015: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.[15]
  • 20 Januari 2019, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih telah tercampak ke dalam laut selepas kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang di Georgetown kira-kira jam 2.54 pagi waktu tempatan UTC.[16][17] Insiden ini merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010.
Remove ads

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads